Ini dia tujuh kumpulan yang akan menyertai musim terbaru “Road to Kingdom”

Mnet “Road to Kingdom” telah mengumumkan barisan akhir yang dinanti-nantikan untuk musim baharunya!

Pada 10 Julai, Mnet mengesahkan bahawa THE NEW SIX, The CrewOne (ATBO dan JUST B), 8TURN, ONEUS, YOUNITE, CRAVITY dan TEMPEST akan menyertai musim terbaru “Road to Kingdom.”

Untuk pengetahuan, ONEUS pernah memikat hati penonton pada tahun 2020 melalui musim pertama “Road to Kingdom”di mana mereka berjaya menonjolkan potensi mereka untuk berkembang. Manakala, The CrewOne merupakan kumpulan projek yang baru dibentuk yang terdiri daripada ATBO dan JUST B, sekaligus meningkatkan jangkaan ramai tentang potensi gabungan ini.

THE NEW SIX, lahir melalui program survival sebuah stesen penyiaran dan merupakan kumpulan lelaki pertama yang diterbitkan oleh penyanyi Psy, telah menarik perhatian sejak penampilan sulung mereka, YOUNITE, yang telah memantapkan dirinya sebagai kumpulan lelaki yang serba boleh dan berbakat dengan membuktikan mereka boleh membawakan pelbagai genre daripada hip-hop hingga R&B, serta TEMPEST, yang semakin meniti populariti daripada kumpulan rookie kini kehadiran mereka semakin mendapat perhatian ramai.

Sebuah lagi kumpulan yang termasuk dalam barisan “Road to Kingdom” musim terbaru ialah 8TURN, yang semakin terkenal sebagai ‘artis serba boleh’ berdasarkan asas yang kukuh dan daya tarikan pelbagai lapan ahlinya. Apa yang patut dinantikan dalam musim ini ialah CRAVITY yang mana mereka terus berkembang tanpa had. Kumpulan itu telah membentuk warna pasukan mereka dengan keunikan elemen kemudaan yang diketengahkan mereka.

Terdahulu pada bulan Jun, “Road to Kingdom” mengumumkan penjenamaan semula ‘Road to Kingdom’ dan melancarkannya dengan struktur baharu. Pada mulanya, rancangan itu akan menjadi prekuel kepada “Kingdom,” dengan pasukan yang menang secara automatik memperoleh tempat dalam program akan datang (sekuel). Walau bagaimanapun, dalam musim baharu, “Road to Kingdom” akan berfungsi sebagai jenama bebas, yang mana ianya akan menonjolkan kumpulan lelaki K-pop yang semakin meningkat dan memperkenalkan faedah baharu untuk pasukan yang menang.

“Road to Kingdom” akan ditayangkan pada bulan September. Nantikan lebih banyak kejutan dan kelainan untuk musim yang terbaru ini.

Sumber :  1 |

loading...