Selepas tiga tahun, kumpulan MIRAE secara rasmi dibubarkan

MIRAE, boy group di bawah DSP Media, akan dibubarkan selepas tiga tahun sejak mereka debut. DSP Media mengumumkan pada 9 Julai bahawa kesemua ahli telah memutuskan untuk menamatkan aktiviti kumpulan mereka selepas beberapa perbincangan yang mendalam.

Berikut kenyataan daripada DSP Media:

Hello,

Ini ialah DSP Media.

Pertama sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang telah menyayangi dan menyokong MIRAE.

Kami ingin mengumumkan secara rasmi kedudukan kami berkenaan aktiviti kumpulan MIRAE.

Selepas pertimbangan dan perbincangan yang sewajarnya, DSP Media dan ahli-ahli MIRAE, Lee Jun Hyuk, Lien, Yoo Dohyun, Khael, Son Dong Pyo, Park Si Young dan Jang Yu Bin, telah memutuskan untuk menamatkan aktiviti kumpulan mereka.

Sementara aktiviti berkumpulan akan berakhir, Son Dong Pyo akan meneruskan aktiviti individu di bawah naungan DSP Media.

Sekali lagi, kami dengan tulus hati mengucapkan terima kasih atas sokongan anda yang luar biasa untuk MIRAE. Sila teruskan menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dan dorongan hangat kepada ahli-ahli MIRAE dalam usaha mengejar masa depan mereka.

Terima kasih.

Dalam pada itu, para ahli  MIRAE berkongsi surat tulisan tangan di akaun media sosial rasmi mereka, bagi mengucapkan selamat tinggal kepada peminat. Ketua kumpulan, Lee Junhyuk menulis, “Saya belajar banyak sepanjang saya bersama MIRAE. Terima kasih kepada NOW (nama kelab peminat) dan saya amat bersyukur untuk detik-detik waktu yang tidak dapat dilupakan yang kami cipta bersama.”

Son Dongpyo akan kekal bersama DSP Media dan meneruskan aktiviti individunya. Dia berkongsi, “Sejujurnya, ada ketika saya rasa  patah hati dan putus semangat. Namun, disebabkan kami sentiasa bersama, ditemani dengan peminat, kami belajar untuk bangkit semula. Tolong jaga kami disaat kami mengejar impian masing-masing.”

MIRAE adalah boy group dengan 7 orang ahli yang terdiri dari Lee Jun Hyuk, Lien, Yoo Dohyun, Khael, bekas anggota X1 Son Dong Pyo, Park Si Young, dan Jang Yu Bin. Mereka mula debut pada tahun 2021 dengan mini album ‘KILLA’ di bawah naungan DSP Media, sebuah syarikat hiburan yang terkenal dengan penghasilan kumpulan ikonik seperti Sechskies, Fin.K.L, Click-B, SS501, KARA, April dan KARD .

MIRAE juga telas merilis album lain seperti ” Splash,” “Marvelous,” “Ourturn,” dan “Boys will be Boys.” Pada awal tahun ini. mereka mengeluarkan single debut Jepun mereka “RUNNING UP” sebelum mengalihkan tumpuan kepada aktiviti individu.

Semoga yang baik-baik saja untuk ahli-ahli kumpulan MIRAE.

Sumber : 1 | 2

loading...