Menggunakan vape dalam kawasan larangan, agensi Jennie keluarkan permohonan maaf

Agensi Jennie BLACKPINK telah menjawab kontroversi baru-baru ini mengenai Jennie yang dilihat menggunakan vape dalam kawasan larangan (indoor).

Pada 8 Julai, video Jennie menguap di dalam kawasan indoor mencetuskan kontroversi di media sosial dan komuniti dalam talian. Rakaman tersebut merupakan sebahagian daripada vlog Jennie yang dimuat naik ke saluran YouTubenya pada 2 Julai, menunjukkan dia menggunakan vape di dalam sebuah ruangan sambil disolek dan meniup asap kepada kakitangan. Bagaimanapun rakaman itu telah dipadamkan.

Pada 9 Julai, agensi Jennie, OA Entertainment, mengeluarkan kenyataan berikut:

Hello. Ini adalah OA Entertainment.

Kami memohon maaf kepada semua yang berasa tidak selesa dengan tindakan Jennie dalam kandungan yang dikeluarkan pada 2 Julai.

Jennie mengakui dan amat menyesali kesilapannya menggunkan vape di dalam sebuah ruangan dan menyebabkan ketidakselesaan kepada kakitangan.

Jennie secara peribadi telah meminta maaf kepada semua kakitangan di lokasi kejadian yang mungkin terjejas.

Kami juga memohon maaf kepada peminat yang kecewa dengan kejadian ini. Kami berharap dapat mengelakkan perkara ini daripada berulang pada masa akan datang.

Terima kasih.

Sumber : 1 | 2