Agensi umum perkahwinan Lee Yoo Young dan bakal menjadi ibu

Siapa sangka pelakon “Dare to Love Me” Lee Yoo Young, akan menjadi seorang ibu!

Pada 3 Julai, agensi Lee Yoo Young ACE FACTORY mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengumumkan perkahwinan dan kehamilan aktres itu seperti di bawah:

Hello,

Ini adalah ACE FACTORY, agensi Lee Yoo Young.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua  yang telah menonton dan menyokong aktiviti Lee Yoo Young.

Kami ingin menyampaikan tentang berita perkahwinan Lee Yoo Young.

Lee Yoo Young telah mendaftarkan perkahwinan dengan suaminya yang bukan selebriti pada Mei tahun ini, dan mereka secara rasminya telah menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Memilih untuk menjadi pasangan suami isteri atas dasar kasih sayang dan kepercayaan yang mendalam antara satu sama lain, pasangan itu bakal menjadi ibu bapa pada September ini. Memandangkan tarikh bersalin semakin hampir, tiada perancangan untuk mengadakan majlis perkahwinan buat masa ini.

Kami menghargai minat anda dan ucapan tahniah untuk Lee Yoo Young, yang akan memulakan lembaran baharu dalam hidupnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Terima kasih.

Yang ikhlas,

ACE FACTORY

Tahniah kepada Lee Yoo Young! Drama lakonan terbarunya “Dare to Love Me” yang baru sahaj menamatkan siarannya boleh ditonton menerusi platform Netflix. Kami doakan yang baik-baik saja buat Lee Yoo Young dan suami.

Sumber : 1