Kim So Hyun, Chae Jong Hyeop dan ramai lagi terokai peranan masing-masing dalam sesi bacaan skrip “Serendipity’s Embrace”

Drama terbaru tvN untuk slot Isnin-Selasa “Serendipity’s Embrace” (juga dikenali sebagai “Is It Fate?”) telah berkongsi sekilas sesi pembacaan skripnya!

Berdasarkan webtoon popular, “Serendipity’s Embrace” akan menceritakan kisah anak muda yang menemui cinta sejati dan impian mereka selepas secara tidak sengaja bertemu cinta pertama mereka sejak 10 tahun lalu.

Pada pembacaan skrip, pengarah Song Hyun Wook dan penulis webtoon Park Geu Ro serta para pelakon termasuk Kim So Hyun, Chae Jong Hyeop, Yun Ji On, Dasom, Lee Won Jung, Hwang Sung Bin, Choi Dae Chul, Yoon Jung Hee, dan Kim Jung Nan turut hadir.

Ketika sesi bacaan skrip berlangsung, Kim So Hyun berubah menjadi Lee Hong Joo, seorang penerbit animasi yang takut untuk bercinta ekoran berdepan kenangan pahit daripada perhubungan terdahulu. Dia kemudiannya  mengalami perubahan yang tidak dijangka selepas bertemu dengan Kang Hoo Young (Chae Jong Hyeop), yang menyaksikan beberapa detik paling sedih dalam hidupnya.

Chae Jong Hyeop memainkan watak Kang Hoo Young, seorang perancang kewangan yang kacak yang tidak di  Amerika Syarikat. Disebabkan kebijakkannya, dia tidak perlu bersusah payah untuk mencapai keputusan yang luar biasa.  Bosan dengan kehidupannya yang membosankan dan tidak bermakna, Kang Hoo Young mendapati hatinya kembali berdebar-debar apabila dia kembali ke Korea buat kali pertama dalam jangka masa yang lama. Tanpa diduga, dia bertemu semula dengan Lee Hong Joo, cinta pertamanya sejak sekolah menengah, selepas 10 tahun.

Yun Ji On memegang watak Bang Joon Ho, seorang penulis yang berjiwa bebas yang ingin mengubah masa lalu.

Dasom pula sebagai kawan baik Lee Hong Joo, Kim Hye Ji, seorang guru Bahasa Inggeris yang ikhlas dalam soal cinta dan telah berkembang maju sejak zaman sekolah menengahnya.

Lee Won Jung memegang watak Lee Hong Joo dan merupakan rakan Kim Hye Ji serta Kwon Sang Pil. Dalam masa yang sama, dia juga mengaku sebagai kawan baik Kang Hoo Young.

Hwang Sung Bin bertukar menjadi Son Kyung Taek, seorang guru pendidikan jasmani di Sekolah Ohbok yang digelar “Superman” oleh pelajarnya.

Choi Dae Chul memegang watak bapa saudara Kang Hoo Young, Baek Wook, manakala Yoon Jung Hee memegang watak Bae Hye Sook, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Peter’s Pen.

Akhir sekali, Kim Jung Nan melakonkan watak ibu Kang Hoo Young, Baek Do Seon, yang dijangka menambah ketegangan dalam cerita.

Pasukan produksi mengulas, “Penonton boleh menantikan keserasian dan lakonan penuh bersemangat Kim So Hyun, Chae Jong Hyeop, Yun Ji On, dan Dasom, yang akan melengkapkan percintaan yang mengimbau kenangan cinta pertama. Percintaan antara seorang lelaki dan wanita muda, yang mendapati takdir mereka secara kebetulan berulang berkali-kali, akan memberikan kegembiraan dan simpati hangat disamping menyajikan gelak tawa yang menggembirakan.”

“Serenditpity’s Embrace” dijadualkan ditayangkan pada 22 Julai dirangkaian tvN.

Sumber : 1

loading...