Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae dan ramai lagi pamer kerjasama berpasukan dalam “Crash”

Drama terbaru rangkaian ENA dan turut ditayangkan di Disney+ Hotstar telah berkongsi poster baharu!

“Crash” ialah drama penyiasatan jenayah yang mengisahkan pasukan Siasatan Jenayah Trafik (TCI) yang menjejaki jenayah yang berlaku di jalan raya.

Spoiler:

Poster yang baru dikongsikan menunjukkan Cha Yeon Ho (Lee Min Ki), Min So Hee (Kwak Sun Young), Jung Chae Man (Heo Sung Tae), Woo Dong Gi (Lee Ho Chul), dan Eo Hyun Kyung (Moon Hee) mengenakan uniform buat pertama kali. Kereta klasik yang merupakan simbolik TCI diletakkan di hadapan pejabat kontena sementara di luar Balai Polis Namgang. Pasukan TCI menunjukkan keyakinan ketika mereka berdiri di hadapan kereta, dengan membayangkan masa depan di mana pasukan itu akan berkembang dengan lebih kuat.

Sebelum ini dalam “Crash,” pasukan TCI, ditempatkan dipejabat yang merupakan sebuah kontena berbanding unit-unit lain yang ditempatkan di dalam ruangan bangunan balai polis. Mereka dilihat sebagai pasukan yang aneh.  Walaupun berdepan dengan kritikan dan tugasan sepanjang masa seperti rondaan DUI pada tengah malam, pasukan TCI tetap tidak berputus asa. Di bawah kepimpinan Jung Chae Man yang penyayang, dedikasi dan gigih, ketua pasukan yang berani Min So Hee, ahli termuda Eo Hyun Kyung, dan pakar kereta Woo Dong Gi, mereka dengan sebaiknya menangani penjenayah dengan tindakan pantas. Daripada mendedahkan operasi penipuan kereta terpakai berskala besar hingga menyiasat kes pembunuhan bersiri yang menyasarkan warga emas untuk penipuan insurans, mereka telah mencapai kejayaan yang luar biasa.

Pengenalan Cha Yeon Ho, seorang graduan matematik KAIST, menambah dimensi baharu kepada keupayaan penyiasatan pasukan TCI. Dalam kes pertamanya di persimpangan tiga penjuru Kanghee, Yeon Ho menganalisis faktor seperti kelengkungan, cerun, condong dan cerun untuk mengenal pasti masalah jalan raya. Dia menggunakan sifat kalsium klorida untuk menerangkan secara saintifik mengapa jalan itu licin. Walaupun Cha Yeon Ho lebih cenderung untuk bekerja sendirian kerana batasan sosialnya, ketua pasukan yang berpengalaman Min So Hee mengakui kecerdasannya dengan berkata, “Otak [lelaki ini] pasti berguna.” Dengan pengiktirafan ini, wujudnya harapan yang tinggi untuk Yeon Ho menjadi orang penting dalam pasukan pada masa hadapan.

Pasukan produksi juga membayangkan perkembangan menarik yang akan datang di mana masa lalu Cha Yeon Ho akan dikaitkan dengan watak dan insiden baharu, sekaligus menambah kedalaman jalan cerita. Dalam pada itu, beberapa watak yang berkaitan dengan kemalangan yang menyebabkannya trauma akan muncul dalam episod yang akan datang.

“Crash” disiarkan setiap Isnin dan Selasa serta boleh distrim di Disney+ Hotstar.

Sumber : 1

loading...