Jodoh tak lama, Karina aespa dan Lee Jae Wook berpisah jua

Cinta antara Karina aespa dan Lee Jae Wook nampaknya tidak berpanjangan apabila keduanya berpisah.

Pada 2 April, TenAsia melaporkan bahawa Karina dan Lee Jae Wook menamatkan hubungan mereka selepas lima minggu mendedahkan hubungan mereka.

Sebagai maklum balas kepada laporan itu, sumber dari agensi Lee Jae Wook C-JeS mengesahkannya.

Lee Jae Wook memutuskan perpisahan itu untuk memberi tumpuan kepada projek yang sedang dijalankannya. Kedua-duanya memutuskan untuk kekal sebagai rakan sekerja yang menyokong satu sama lain. Kedua-dua mereka  akan menyapa [peminat] melalui aktiviti masing-masing pada masa hadapan. Tolong tunjukkan minat dan sokongan yang hangat.

Sumber dari SM Entertainment juga turut mengesahkan laporan tersebut.

Ya, memang benar mereka berpisah.

Terdahulu pada bulan Februari, Lee Jae Wook dan Karina mengesahkan hubungan mereka selepas pertemuan pertama kali kedua mereka disebuah pertunjukkan fesyen di Milan pada Januari.

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...