Lewat tahun ini, penonton dijemput untuk menyelami kembali ke dunia yang penuh kelakar, menghiburkan dan aksi bertenaga dengan kembalinya musim ke-3 “he Zone Survival Mission” secara eksklusif di Disney+ Hotstar seperti yang diumumkan pada 11 Mac.
Untuk musim yang ke-3 dan dinanti ramai ini, Kwon Yuri dan Yoo Jaesuk akan kembali beraksi dengan penambahan dua ahli baru yang menggantikan Lee Kwang Soo. Kali ini rancangan pelbagai yang popular ini akan dimeriahkan lagi dengan bintang ‘Inferno Single’ Dex dan bekas pejuang UFC Kim Donghyun yang sememangnya mempunyai fizikal yang kuat. Keempat-empat mereka akan tampil dengan watak berbeza, yang mewakili ciri kebanyakan orang apabila mereka terpaksa menghadapi lapan situasi yang tidak dijangka. Mereka dicabar untuk bertahan selama empat jam untuk menyelesaikan setiap misi. Kali ini misi mereka lebih mencabar, berskala besar dan lebih menghiburkan.
Kwon Yuri, Yoo Jae Suk, Dex dan Kim Donghyun perlu berhadapan dengan zombi, lopak gam yang sangat melekit, teka-teki dan situasi lain yang tidak dijangka. Keterujaan serta aksi lucu mereka apabila terpaksa bekerjasama dan mencari penyelesaian kepada situasi yang mereka hadapi pastinya akan menjadi hiburan istimewa buat penonton.
Peminat ‘The Zone Survival Mission’ boleh strim Disney+ Hotstar hari ini untuk menonton musim pertama dan kedua rancangan ini yang penuh gelak ketawa.
“The Zone Survival Mission 3” akan datang secara eksklusif pada separuh kedua 2024 di Disney+ Hotstar.