Drama penuh aksi dengan barisan pelakon hebat “The Tyrant” akan tayang akhir tahun ini di Disney+ Hotstar

Nampaknya platform Disney+ Hotstar sekali lagi menghadirkan siri penuh dengan aksi yang mendebarkan dalam senarai tayangan drama Korea terbarunya. Dibintangi oleh Jo Yoonsu, Cha Seoungwon, Kim Seonho dan Kim Kangwoo, drama yang dinanti-nantikan ini akan membuat debut globalnya pada tahun 2024.

Apabila bioenhancer revolusioner dicuri semasa penyerahan rahsia antara agensi perisikan Korea dan AS, kedua-dua kerajaan bergegas untuk mendapatkannya semula dalam “The Tyrant.”

Sinopsis

Selepas bertahun-tahun bekerja keras dalam projek rahsia yang direka untuk meningkatkan keupayaan manusia secara drastik, rancangan kerajaan Korea telah dibongkar oleh agensi perisikan Amerika Syarikat.

Marah dengan kerahsiaan itu, AS menuntut semua sampel diserahkan dan projek itu ditamatkan serta-merta. Tetapi apabila penyerahan rahsia itu diserang oleh pihak yang tidak dikenali, ejen dari kedua-dua pihak mesti bekerjasama untuk mengelakkan formula baru yang berbahaya itu daripada jatuh ke tangan yang salah.

Barisan pelakon

Pemain utama seperti Jo Yoon Su, Cha Seung Won, Kim Seon Ho, dan Kim Kang Woo akan membawa penonton melalui cerita yang penuh konflik dan tipu daya.

Jo Yoonsu (True Beauty, Juvenile Justice) akan membawakan watak penyusup mahir, Chae Jagyeong; Cha Seoungwon (Our Blues, A Korean Odyssey) tentera upahan yang dingin, Lim Sang; Kim Seonho (Start-Up, Hometown Cha-Cha-Cha) sebagai Pengarah Choe, ketua projek rahsia Korea; dan Kim Kangwoo (Le Grand Chef, Goodbye Mr. Black) sebagai ejen perisikan A.S. Paul. Diarahkan oleh Park Hoon Jung (New World, The Witch: Part 1 & 2), “The Tyrant” menjanjikan aksi yang tidak dapat dilupakan disamping plot penceritaan yang menarik.

Strim “The Tyrant” akhir tahun ini secara eksklusif di Disney+ Hotstar.