Jisoo terokai masa depannya dengan BLISSOO dan kongsi gambar profil terbaru

Rasmi: Jisoo BLACKPINK telah menubuhkan agensinya sendiri!

Pada 21 Februari, Jisoo secara rasmi mengesahkan laporan bahawa dia telah melancarkan sebuah syarikat baharu bernama BLISSOO untuk menguruskan aktiviti solonya.

Dalam catatan yang dibuat ke akaun Instagram peribadinya, Jisoo menulis dalam bahasa Inggeris.

Hello, ini Jisoo.

Saya teruja untuk berkongsi permulaan baharu saya dengan BLISSOO. Nantikan apa yang akan datang, kerana saya sangat berdedikasi untuk membawakan kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda. Sila teruskan mencurahkan kasih sayang dan sokongan anda untuk Jisoo dengan BLISSOO, dan juga untuk BLACKPINK.

Terima kasih.

Jisoo juga mendedahkan misi BLISSOO: “Melangkaui sempadan genre dan bidang, misi kami adalah untuk berkongsi kebahagiaan yang dicipta Jisoo dengan cara uniknya tersendiri.”

Selain itu, Jisoo turut melancarkan laman web baharu dan beberapa akaun media sosial rasmi untuk BLISSOO, seperti di bawah:

Laman Web Rasmi: https://blissoo.co.kr
Twitter: https://twitter.com/officialBLISSOO
Instagram: https://www.instagram.com/blissoo_official
YouTube: https://www.youtube.com/@official_BLISSOO

Tahun lepas, keempat-empat ahli BLACKPINK memperbaharui kontrak mereka dengan YG Entertainment di mana semua aktiviti berkumpulan masih lagi di bawah pengurusan agensi tersebut.  Manakala untuk semua aktiviti solo Jisoo akan diuruskan oleh BLISSOO, aktiviti kumpulannya dengan BLACKPINK masih akan diuruskan oleh YG Entertainment.

Jisoo merupakan ahli BLACKPINK yang ketiga menubuhkan syarikat pengurusan sendiri dan bergelar CEO selepas Jennie dan Lisa.

Lihat foto baharu Jisoo untuk BLISSOO di bawah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BLISSOO (@blissoo_official)

loading...