SBS kongsi senarai drama Korea terbaru yang akan ditayangkan pada 2024

Selepas tvN, nampaknya SBS juga tidak mahu ketinggalan untuk berkongsi senarai drama Korea terbaru yang akan ditayangkan dirangkaian tersebut pada tahun 2024 ini.

Pada 11 Januari, SBS melancarkan barisan drama mereka untuk 2024, sekaligus meningkatkan keterujaan peminat dengan menyajikan drama yang pelbagai genre disamping menampilkan basisan bintang-bintang hebat.

Semak senarai drama di bawah!

1. Flex x Cop

“Flex x Cop” adalah drama gabungan jenayah, komedi dan percintaan mengenai chaebol generasi ketiga Jin Yin-soo (Ahn Bo-hyun), yang menjadi detektif polis dalam bahagian jenayah kekerasan walaupun personalitinya yang tidak matang dan juda disebabkan kekayaan keluarganya. Di tempat kerja, dia cuba menghapuskan penjenayah dengan menggunakan wang dan hubungan peribadinya.

Sebahagian daripada bahagian jenayah kekerasan itu juga adalah detektif veteran Lee Kang-hyun (Park Ji-hyun) yang sangat rajin dan berdedikasi untuk menyelesaikan jenayah. Pada mulanya, dia melihat Yin-soo dan cara kerjanya lebih mendatangkan banyak masalah daripada yang sepatutnya. Bagaimanapun, Kang-hyun mula melihatnya dengan cara yang berbeza selepas mereka ditugaskan untuk menjadi rakan sekerja.

Drama ini dijadualkan ditayangkan pada 26 Januari dan akan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu jam 10 malam KST. “Flex x Cop” tersedia untuk tontonan diplatform Disney+ Hotstar.

2. The Revival of the Seven

“The Revival of the Seven” merupakan sekuel kepada drama popular “The Escape of the Seven,” yang disiarkan pada tahun 2023. “The Revival of the Seven” merupakan kisah balas dendam tentang seorang lelaki yang bermimpi untuk menjadi raja sebuah istana yang dibina berdasarkan berita palsu dan serangan balas tujuh orang terhadap kejahatannya. Uhm Ki Joon, Hwang Jung Eum, Lee Joon, Lee Yoo Bi, dan ramai lagi akan kembali untuk musim ke-2, dan yang dijadualkan ditayangkan pada Mac 2024.

3. Connection


“Connection” ialah drama thriller penyiasatan jenayah mengenai persahabatan yang berantakan ketika menjejaki  kematian seorang rakan sekolah menengah yang meninggalkan polisi insurans bernilai lima bilion won (kira-kira $3.7 juta). Pengarah Lee Tae Gon dan penulis Lee Hyun, yang sebelum ini bekerja bersama untuk “Diary of a Prosecutor” JTBC, akan bersatu semula sekali lagi. Ji Sung akan berperanan sebagai Jang Jae Kyung, seorang detektif yang dihormati dan merupakan ketua unit narkotik, dan Jeon Mi Do akan berperanan sebagai Oh Yoon Jin, seorang wartawan di sebuah akhbar yang berpendirian serta lantang bersuara.

4. Not Very Strong But Charming Violent Crimes Unit


“Not Very Strong But Charming Violent Crimes Unit” (tajuk literal) ialah drama jenayah komedi yang mengisahkan tentang transformasi unit jenayah kekerasan yang menduduki menduduki tangga terbawah dari segi tangkapan  menjadi pasukan terbaik di negara ini selepas mereka digandingkan dengan seorang ketua pasukan yang berkemahiran tinggi.  Drama ini ditulis oleh penulis skrip Lee Young Chul, yang terkenal dengan siri “High Kick” dan “The Best Hit,” dan Lee Kwang Jae dari “Potato Star 2013QR3.” Kim Dong Wook akan memainkan watak Dongbang Yoo Bin, ketua Pasukan Unit Jenayah Kekerasan di Balai Polis Songwon yang digambarkan seorang lelaki yang kacak, bijak dan mempunyai kebolehan sukan yang sangat baik. Drama ini juga akan dibintangi oleh Park Ji Hwan, Seo Hyun Woo, Park Se Wan, dan Lee Seung Woo.

5. Acquaintances


“Acquaintances” (tajuk kerja) ialah drama percintaan romantis mengisahkan Ji Yoon (Han Ji Min), seorang CEO syarikat headhunter yang keras kepala dan sangat cekap dalam kerjanya. Syarikat ini beroperasi dalam pencarian tenaga kerja untuk sesebuah jawatan bagi syarikat yang menjadi pelanggan mereka dan Ji Yoon telah berjaya membawa syarikatnya ke peringkar yang lebih tinggi dalam tempoh 5 tahun. Disebabkan dia telah mencurahkan seluruh tenaga untuk pekerjaan, Ji Yoon sangat kekok ketika melakukan urusan lain

Dia mempunyai setiausaha bernama Eun Ho (Lee Joon Hyuk), seorang lelaki yang sangat cekap bukan sahaja di tempat kerja, tetapi juga dalam menguruskan kehidupan seharian. Pendek kata, Eun Ho boleh diharapkan dalam semua aspek. Eun Ho juga merupakan seorang bapa tunggal yang mempunyai budi pekerti yang sempurna dan personaliti yang mesra. Perhatian dan kehangatan Yoo Eun Ho sedikit demi sedikit akan membuatkan Kang Ji Yoon sembuh dari luka yang ada di hatinya.

6. The Judge From Hell


“The Judge from Hell” (tajuk literal) ialah drama fantasi percintaan tentang syaitan dari neraka yang telah memasuki badan Hakim Kang Bit Na (Park Shin Hye). Kang Bit Na seorang yang cantik dan memiliki latar belakang yang hebat, namun identiti sebenarnya syaitan yang datang dari neraka dengan misi: iaitu dia mesti menghukum mereka yang tidak pernah rasa menyesal walaupun bertanggungjawab atas kematian orang lain, dan tugasnya ialah menghantar mereka ke neraka dengan membunuh mereka.

Dalam perjalanannya, dia bertemu Han Da On (Kim Jae Young), seorang detektif yang ramah dan baik dari unit jenayah kekerasan. Bukan sahaja penyayang dan lemah lembut, beliau juga seorang anggota polis yang tajam dan memilki perseptif pemerhatian yang luar biasa. Biarpun kehangatan Han Da On sehinggakan boleh mencairkan hati syaitan, dalam diam dia menyembunyikan luka emosi yang menyakitkan yang tidak diketahui oleh orang lain.

7. The Fiery Priest 2

 

Selepas kejayaan siaran musim pertamanya pada 2019, “The Fiery Priest” akan kembali dengan musim baharu! “The Fiery Priest” mengikuti kisah paderi Katolik Kim Hae Il (Kim Nam Gil) dengan isu pengurusan kemarahan dan seorang detektif pengecut yang bekerjasama untuk menyelesaikan kes pembunuhan. Musim 1 dibintangi Kim Nam Gil, Honey Lee, dan Kim Sung Kyun, dan drama itu telah mencatatkan penarafan penonton sebanyak 22% pada waktu puncak penayangannya. Musim 2 “The Fiery Priest” dilaporkan memiliki lebih daripada 12 episod.

8. Good Partner


“Good Partner” (tajuk kerja) akan menceritakan kisah seorang peguam perceraian yang hebat. Drama ini akan dibintangi oleh Jang Nara, Nam Ji Hyun, Kim Jun Han, dan P.O., dan maklumat terkini mengenainya termasuk penayangannya masih lagi  dalam perbincangan.

Kali ini mana satu drama SBS yang korang nantikan?

Sumber : 1 | 2

loading...