Jalani pembedahan dipergelangan kaki, Jeonghan SEVENTEEN akan berehat seketika dari aktiviti seninya

Berita kurang baik buat peminat SEVENTEEN. Terbaru, Jeonghan SEVENTEEN tidak akan terlibat dalam siri jelajah konsert “FOLLOW” di Jepun dan beberapa negara Asia  yang lain  kerana masalah kesihatan.

Pada 14 Disember, PLEDIS Entertainment mengumumkan bahawa Jeonghan telah menjalani pembedahan di buku lalinya dan dia dalam proses pemulihan. Untuk mengutamakan kesihatannya, Jeonghan tidak akan dapat menyertai jelajah “FOLLOW” SEVENTEEN di Fukuoka serta Bangkok, Bulacan dan Macao.

Berikut adalah kenyataan daripada PLEDIS ENTERTAINMENT

Hi,

Ini PLEDIS ENTERTAINMENT.

Kami ingin memaklumkan kepada anda tentang status kesihatan semasa ahli SEVENTEEN, Jeonghan dan aktivitinya untuk masa hadapan.

Jeonghan sebelum ini cedera pergelangan kaki kirinya dan telah menerima beberapa rawatan konservatif. Dia begitu berazam untuk menyertai semua aktiviti yang telah diatur sebelumnya untuk tahun ini, sehinggakan dia meneruskan aktivitinya sambil menjalani pemeriksaan rutin pada buku lalinya dengan seorang profesional perubatan.

Ketika membuat persembahan dalam siri jelajah baru-baru ini, sakit dibuku lali Jeonghan semakin teruk. Dia segera pergi ke hospital dan kakitangan perubatan telah mengesahkan bahawa Jeonghan perlu menjalani pembedahan. Oleh yang demikian, dia dimasukkan ke hospital pada hari Rabu 13 Disember dan menjalani pembedahan buku lali pada pagi Khamis 14 Disember. Pembedahan itu berjalan dengan jayanya dan Jeonghan kini semakin pulih.

Kami percaya demi kepentingan terbaik artis kami, kami akan mengutamakan pada kesihatan dan proses pemulihannya pada masa ini. Oleh itu, agak sukar untuk Jeonghan menyertai aktiviti rasmi buat masa ini, termasuk konsert SEVENTEEN TOUR ‘FOLLOW’ TO JAPAN Fukuoka dan konsert ‘FOLLOW’ TO ASIA di Bangkok, Bulacan, dan Macau. Kami meminta pemahaman yang baik dari anda.

Terima kasih.

Semoga Jeonghan cepat sembuh dan kembali dengan sihat!

Sumber : 1

loading...