Sehun EXO akan mulakan khidmat tenteranya pada 21 Disember 2023

Sehun EXO akan menyertai tentera minggu depan.

Pada 13 Disember, Sehun EXO mengumumkan bahawa dia akan memulakan perkhidmatan ketenteraan wajibnya pada 21 Disember. Berita ini disampaikan secara langsung oleh Sehun dalam surat terbuka kepada peminat yang dimuat naik melalui Weverse.

Surat dari Sehun adalah seperti di bawah:

Hello, ini Sehun. Adakah awak semua sihat? Saya tulis surat ini sebab saya nak bagitahu sesuatu.

Saya akan menjalani perkhidmatan tentera mulai 21 Disember ini. Saya minta maaf kerana lambat menyampaikan berita ini kepada EXO-L.

Baru-baru ini, saya menghabiskan masa bersendirian, merenung dan berfikir dalam-dalam. Oleh itu, saya tidak dapat menunjukkan muka saya kepada anda, jadi saya memberi salam kepada awak seperti ini (menulis surat).

Saya harap anda boleh faham saya sebab saya tak boleh bertegur sapa secara peribadi. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mengambil berat tentang saya. Saya harap semua orang kekal sihat sehingga hari kita bertemu lagi.

Saya juga akan kembali dalam keadaan yang sihat. Terima kasih.

Sehun akan menjadi ahli EXO kelapan dan terakhir yang berkhidmat dalam tentera selepas Kai memulakan khidmat tenteranya pada Mei 2023 .

Selamat menjalani khidmat tentera dengan penuh tanggungjawab buat Sehun!

Sumber : 1

loading...