Jung Hae In sah akan bintangi drama rom-com terbaru tvN ‘Mom’s Friend’s Son’

Akhirnya, Jung Hae In akan kembali ke skrin kecil dengan drama rom-com pertamanya.

Pada 13 Disember, agensi Jung Hae In, FNC Entertainment telah mengesahkan bahawa pelakon itu akan membintangi drama baharu rangkaian itu yang bertajuk “Mom’s Friend’s Son” (tajuk literal).

“Mom’s Friend’s Son” merupakan sebuah drama bertemakan komedi romantik tentang seorang wanita bernama Bae Seok Ryu, yang cuba memulakan semula kehidupannya yang bermasalah, dan anak lelaki rakan ibunya Choi Seung Hyo, yang mempunyai kisah gelap dalam kehidupan Bae Seok Ryu. Drama ini akan dipimpin oleh pengarah Yoo Je Won dan penulis Shin Ha Eun dari “Hometown Cha-Cha-Cha.” Terdahulu, Jung So Min dilaporkan sedang berbincang untuk menyertai drama itu sebagai Bae Seok Ryu.

Jung Hae In akan memainkan watak Choi Seung Hyo, iaitu anak kepada kawan ibu Bae Seok Ryu. Beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif sebuah studio seni bina dan merupakan seorang arkitek muda terkemuka dalam dunia seni bina Korea. Selain mempunyai kemahiran yang hebat, Choi Seung Hyo seorang yang kacak dan mempunyai personaliti yang sempurna.

Namun, hanya ada kisah gelap dalam hidupnya iaitu Bae Seok Ryu. Ketika itu mereka berkongsi susu pisang di tempat mandi wanita. Pada saat iyu, Choi Seung Hyo berumur 4 tahun dan mengikut ibunya ke tempat berkenaan. Apabila masa berlalu, mereka bertemu semula dan menimbulkan rasa ingin tahu tentang apa yang berlaku antara mereka berdua.

Awal tahun ini, Jung Hae In menunjukkan persembahan yang mengagumkan melalui siri Netflix “D.P.” Musim 2, dan terbaru, dia memikat penonton melalui penampilan istimewanya dalam filem “12.12: The Day.”

“Mom’s Friend’s Son” dilaporkan akan memulakan penggambaran tahun depan dan ditayangkan pada separuh kedua 2024.

Sumber : 1

loading...