Kyuhyun Super Junior cedera akibat serangan bersenjata di belakang pentas muzikal

Baru-baru heboh diperkatakan dikalangan peminat Kpop bahawa Kyuhyun Super Junior dilaporkan cedera akibat diserang dengan pisau. Rata-rata juga turut mempersoalkan tentang kawalan keselamatan ditempat kejadian.

Pada 20 November, TV Chosun melaporkan bahawa Kyuhyun Super Junior  yang dikenali aktif sebagai pelakon muzikal, dilaporkan cedera terkena senjata yang dipegang oleh seorang wanita berusia 30-an pada hari sebelumnya.

Wanita itu didakwa menyerang seorang pelakon dengan pisau di dalam bilik persalinan sebuah pertunjukan muzikal. Laporan itu juga menyatakan bahawa Kyuhyun, telah cedera ketika dalam usaha untuk menghentikan tindakan wanita tersebut.

Dilaporkan juga, wanita terbabit tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pelakon muzikal itu dan disyaki menyelinap masuk ke bilik persalinan selepas persembahan.

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, agensi Kyuhyun, Antenna menyatakan, “Kyuhyun mengalami sedikit luka pada jarinya dan telah dirawat serta-merta di tempat kejadian.”

Balai Polis Gangseo Seoul telah menahan penyerang atas tuduhan ugutan khas dan sedang menyiasatnya. Dalam pada itu, Kyuhyun kini sedang membuat persembahan dalam pementasan muzikal ‘Ben-Hur’ di Pusat Seni LG di Seoul.

Semoga cepat sembuh ya, Kyuhyun!

Sumber : 1 | 2 | 3 |

loading...