Menjelang debut, Ahyeon tinggalkan BABYMONSTER atas faktor kesihatan

Nampaknya BABYMONSTER akan debut hanya dengan 6 orang ahli. Perkara ini telah disahkan oleh  wakil YG Entertainment.

Terdahulu pada awal 15 November, News1 melaporkan bahawa BABYMONSTER akan memulakan kerjaya sebagai kumpulan dengan enam ahli manakala Ahyeon tidak akan dapat menyertai kumpulan berkenaan atas sebab peribadi.

Sehubungan dengan itu, sumber dari YG Entertainment mengesahkan,

BABYMONSTER akan memulakan debutnya sebagai sebuah kumpulan yang dianggotai enam ahli yang terdiri daripada Ruka, Pharita, Asa, Haram, Rora dan Chiquita. Selepas perbincangan yang teliti, telah diputuskan bahawa Ahyeon, yang membuat persediaan bersama [dengan BABYMONSTER], akan menumpukan perhatian untuk berehat buat sementara waktu atas sebab kesihatan.

Walaupun kami sedih kerana tidak dapat memperkenalkan Ahyeon sebagai ahli BABYMONSTER, keputusan ini dibuat demi kesihatan artis yang menjadi keutamaan kami. Kami akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi agar Ahyeon boleh pulih sepenuhnya dan kembali dalam keadaan sihat.

Disebalik itu, Ahyeon sudah terkenal di kalangan peminat kerana dikhabarkan persis Jennie BLACKPINK’. Pada Februari lalu, YG Entertainment memperkenalkan Ahyeon sebagai pelatih yang mempunyai pelbagai bakat. Kemudian pada Mei, diumumkan bahawa barisan sulung untuk kumpulan multinasional itu terdiri daripada Ahyeon, Haram, dan Rora dari Korea, Pharita dan Chiquita dari Thailand, serta Ruka dan Asa dari Jepun. Pada mulanya mereka dijadualkan untuk debut pada bulan September, namun YG Entertainment menangguh debut mereka selama dua bulan kerana “perhatian yang teliti dalam memilih lagu utama.”

BABYMONSTER merupakan kumpulan gadis pertama YG dalam tempoh 7 tahun sejak BLACKPINK dan dijadualkan untuk debut pada 27 November.

Kami ucapkan selamat maju jaya buat BABYMONSTER dan semoga cepat sembuh buat Ahyeon.

Sumber : 1 | 2

loading...