James Lee (bekas ahli kumpulan Royal Pirates) umum akan berkahwin

Nampaknya, James Lee pula yang akan meninggalkan gelaran bujangnya.

Pada 30 Oktober, bekas anggota kumpulan Royal Pirates, James Lee mengumumkan berita perkahwinannya menerusi Instagram miliknya.

Mesej penuh James Lee adalah seperti berikut:

Hello semua, saya ada berita baik yang saya teruja untuk berkongsi dengan anda. Saya akan berkahwin! Saya telah temui separuh nyawa saya dan dia membuatkan saya mahu menjadi sebaik yang saya mampu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya telah berdepan kehidupan yang penuh cabaran yang bisa menghancurkan saya sekiranya saya tidak bertemu dengannya dalam hidup ini.  Saya sangat menyayangi serta menghargainya dan saya rasa sangat bertuah untuk memperkenalkannya kepada anda semua.

Fafa adalah seorang yang cantik luar dan dalam dengan rasa tanggungjawab, semangat dan integriti yang luar biasa, dan dia sangat menyayangi dirinya dengan apa adanya. Dia baik hati dan tidak gentar untuk berjuang dan berkorban untuk orang yang dia sayang. Dia ingatkan saya, setiap hari ada cabarannya, ia berbaloi untuk bertahan, bangkit dan berjuang, dan menjadi orang yang lebih baik.

Media sosial telah menjadi bahagian penting dalam hidup saya, terutamanya semasa pandemik dan selepas saya meninggalkan RP berikutan kecederaan saya, dan ia telah membolehkan saya untuk terus berhubung dengan anda semua dan merasai kasih sayang serta semangat positif anda selama ini. Saya cuba merahsiakan sebahagian hidup saya untuk mengingatkan diri saya dalam menghargai pengalaman dan detik yang kita hadapi secara bersemuka, namun saya rasa ini adalah peristiwa penting dalam hidup saya yang mana ianya lebih bahagia jika saya dapat berkongsi dengan anda semua. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda selama ini dan saya harap anda akan berkongsi kegembiraan yang kami miliki saat kami meraikan permulaan kehidupan baru kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by james lee (@jamesjhl)

Tahniah kami ucapkan kepada James Lee dan pasangannya! James Lee turut berkongsi foto pra-perkahwinnya.