Drama romantis terbaru lakonan Suzy dan Yang Se Jong “Doona!” kini sedang bersiap sedia untuk tayangan perdananya!
Berdasarkan webtoon “The Girl Downstairs,” “Doona!” adalah sebuah drama percintaan tentang pelajar universiti Won Jun (Yang Se Jong) dan bekas idol K-pop, Doona (Suzy). Kisah mereka bermula apabila Jun berpindah ke apartmen baharunya dan menjadi teman serumah Doona.
Suzy memegang watak Doona, yang pernah menjadi vokalis utama kumpulan idol popular tetapi tiba-tiba mengumumkan persaraannya dan tinggal di apartmen yang berhampiran universiti. Yang Se Jong pula sebagai Won Jun, seorang pelajar universiti biasa namun baik hati dan mesra. Walaupun Lee Wonjun cuba mengelakkan diri daripada bertemu dengan Lee Doona, namun perasaan ingin tahu tentang kehidupan misteri Lee Doona menyebabkan Lee Wonjun semakin tertarik kepada Lee Doona.
Pada 21 September, Netflix telah berkongsi poster baharu dan teaser yang mempratonton percintaan antara Doona dan Won Jun. Poster itu menunjukkan kedua-dua mereka tertarik antara satu sama lain dan saling ingin mengenali dengan lebih mendalam. Pada poster Doona kapsyen tertulis “Apa yang terlintas di fikiran anda? Saya ingin tahu” dan “Jangan jatuh cinta dengan saya.”
Rasa ingin tahu Won-jun jelas terungkap, “Jika ternyata saya jatuh cinta dengan awak, apa yang awak akan lakukan?”
Dan kedua-dua mereka akhirnya menyatakan, “Apa yang awak akan lakukan jika saya benar-benar jatuh cinta kepada awak?”
Trailer drama ini juga mempertontonkan kisah romantik antara bekas bintang Kpop yang telah meninggalkan kehidupan lamanya sebagai idol dan Won-jun, seorang pelajar yang tegas. Hubungan antara dua watak dari latar belakang yang berbeza ini diwarnai dengan pelbagai dinamik menarik yang akan membuatkan perjalanan percintaan mereka luar biasa. Interaksi romantik Doona dan Won Jun pasti membuatkan penonton berasa berbeza dan teruja untuk melihat mereka di skrin kecil bersama-sama.
Lihat teaser di bawah!
“Doona!” akan ditayangkan pada 20 Oktober secara eksklusif di Netflix. Siri ini diarahkan oleh Lee Jeong-hyo, yang sebelum ini menerajui “Crash Landing On You” pada 2019, sebuah K-drama paling popular sehingga kini.
Sumber : 1