Peluang cabar diri untuk rasai pengalaman seram dan mendebarkan di The Conjuring Universe Tour di Malaysia bermula 26 Ogos hinga 19 November ini

Pengalaman Seram yang Serba Baharu: The Conjuring Tour Universe Tour Dirasmikan di Malaysia

(KUALA LUMPUR – 26 Ogos 2023) Panggilan kepada penggemar genre seram dan peminat The Conjuring! Dengan melakukan debut di Asia Tenggara pada hari ini (26 Ogos), The Conjuring Universe Tour akan dianjurkan mulai 26 Ogos hingga 19 November di The Curve yang berada di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Upacara perasmian hari ini menandakan permulaan pengembaraan yang menggerunkan ini.

Lawatan yang seram dan imersif ini merupakan suatu perjalanan serba baharu yang menampilkan semula set yang mengerikan dan yang diinspirasikan oleh adegan ikonik daripada filem-filem seram popular New Line Cinema, termasuk ketiga-tiga filem The Conjuring, ketiga-tiga filem Annabelle dan The Nun. The Conjuring Universe Tour merupakan sebuah produksi yang dihasilkan oleh Warner Bros. Discovery Global Themed Entertainment, Sunny Side Up dan Incubase Studio, berakan kongsi dengan AM PM (HK) dan Ace Media Network. Produksi ini menjadikan peserta sebagai protagonis yang mengikut jejak penyiasat paranormal. Mereka akan dipadukan oleh pekerja dalam lawatan ini untuk meneroka 20 zon seram yang merangkumi lebih daripada 15,000 kaki persegi. Zon zon tersebut mencipta semula adegan klasik daripada filem untuk memastikan pelawat sentiasa tertarik dan berwaspada dalam perjalanan tersebut.

“Kami berasa sangat teruja kerana dapat melancarkan The Conjuring Universe Tour, suatu pengalaman yang banyak berbeza daripada rumah berhantu biasa. Apa-apa yang berada dalam produksi ini akan membetuk semula pemikiran orang ramai terhadap The Conjuring Universe dan mereka tidak akan melihatkannya seperti dahulu,” kata Sion Yip, Pengarah Urusan Incubas Studio selepas merasmikan majlis tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KMania (@kmania.my)

Bagi semua pelawat yang menyertai lawatan berpadu ini, petugas yang terlatih akan memadukan peminat paranormal dari awal hingga akhir, untuk menjelajah laluan yang telah dirancangkan dengan cermat. Mereka akan bersemuka dengan entiti-entiti yang menggentarkan sepanjang perjalanan yang tidak dapat dilupakan ini.

Semakin dalam pelawat-pelawat terokai, semakin banyak adegan sedang menantikan mereka. Sebagai contoh, The Abbey of St. Carta daripada The Nun, di mana upacara pengorbanan sedang dijalankan semula, The Workshop daripada Annabelle: Creation, tempat pembuatan anak patung Annabelle yang dirasuk, Altar daripada The Conjuring: The Devil Made Me Do It, tempat penyembahan yang dihiaskan dengan simbol-simbol ghaib dan memberikan cabaran kepada pengunjung untuk berinteraksi dengannya. Artifact Room yang ikonik juga disediakan, ruang ini dipenuhi dengan barang-barang terkutuk dan peninggalan daripada kes-kes yang amat menyeramkan.

Serentak dengan pelancaran The Conjuring Universe Tour, filem yang amat popular di seluruh dunia, iaitu The Nun II juga akan ditayangkan dalam pawagam mulai 7 September di seluruh Malaysia. Untuk mendapatkan pengalaman yang lebih imersif, tontonlah wayang terkini tersebut dan kunjungi The Conjuring Universe Tour dengan harga diskaun! Pihak penganjur akan bekerjasama dengan Golden Screen Cinemas (GSC) untuk menjual Tiket Wayang Bundle melalui WeTix dan Keepsake by GSC.

Sementara itu, tiket biasa bagi The Conjuring Universe Tour boleh diperoleh menerusi laman web rasmi www.theconjuringtour.com, KLOOK, IncuTix dan WeTix.

Para pelawat turut boleh membawa balik patung-patung kecil atau ‘figurine’ POP MART Warne Bros. The Conjuring Universe Series yang berasaskan 13 watak yang berbeza dalam filem. Patung figura Annabelle bersaiz 40 inci dan cenderahati seperti kemeja T, beg jinjing (‘tote bag’), rantai kunci, payung dan sebagainya juga dapat diperoleh.

Oleh sebab tema dan pengalaman yang dipaparkan dalam lawatan ini agak menggerunkan, pihak penganjur menasihatkan pelawat yang berumur 15 tahun dan ke bawah supaya ditemani oleh seorang dewasa. Pejaga ini bukan sahaja dapat melegakan pelawat tersebut, maka juga bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kelakuan pelawat tersebut sepanjang lawatan itu. Apabila anda berada dalam The Conjuring Universe, anda tidak mempunyai peluang untuk menjadi penakut!

Pihak penganjur juga menggalakkan semua pengunjung untuk berkongsi pengalaman mereka dalam media sosial dengan menggunakan hashtag #TheConjuringTourMY. Follow @theconjuringtour di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan informasi terkini. Tempahlah tiket anda sekarang dan sertailah perjalanan yang amat menarik ini!