Belum ‘moved-on’ dengan Take Off, kini iKON kembali dengan single istimewa ‘PANORAMA’

Akhirnya apa yang diperkatakan Bobby semasa iKON Take Off di Kuala Lumpur kini menjadi kenyataan. Pastinya, ramai peminat tidak sabar menantikan muzik baharu daripada iKON!

Pada 13 Ogos, iKON mengejutkan peminat dengan mengumumkan rancangan mereka untuk mengeluarkan album single khas baharu pada akhir bulan ini. Kumpulan itu akan kembali dengan album single baharu mereka berjudul “PANORAMA” pada 23 Ogos jam 6 petang KST.

iKON juga mendedahkan senarai lagu untuk album single mereka yang akan datang. Ianya akan merangkumi dua buah lagu: “T.T.M,” yang digubah bersama Donghyuk dan Bobby, dan “PANORAMA,” yang mana Bobby menulis lirik bersama.

Lihat senarai lagu untuk “PANORAMA” di bawah!

Pada 14 Ogos, iKON telah mengeluarkan foto konsep individu untuk kemunculan mereka yang akan datang dengan single khas “T.T.M”!

loading...