Sempena tayangan drama Korea “HeartBeat” lakonan Ok Taecyeon atau dikenali dengan Taecyeon 2PM, Won Ji-An, Park Kang Hyun, Yoon Soo Hee dan ramai lagi diplatform PrimeVideo Malaysia, KMania melalui Arcis Communications telah diberi peluang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada pelakon utama drama ini iaitu Taecyeon. Untuk pengetahuan, drama dengan 16 episode ini telah ditayangkan diplatform berkenaan bermula 26 Jun yang lalu.
“Heartbeat” ialah drama percintaan fantasi baharu yang dibintangi oleh Taecyeon 2PM sebagai Seon Woo Hyul, yang merupakan separuh manusia dan separuh vampire. Walaupun dia sangat ingin menjadi manusia, dia terlepas peluangnya kerana satu hari yang jarang berlaku dalam 100 tahun. Dia akhirnya terjerat dengan Joo In-hae (Won Ji-an), yang mengusahakan sebuah rumah tamu selain mengerjakan beberapa pekerjaan sampingan.
Walaupun dia dikenali oleh orang-orang di sekelilingnya sebagai seorang yang berhati dingin, In-hae mula mesra dengan Woo-hyeol selepas mereka terpaksa berkongsi rumah disebabkan keadaan yang tidak dijangka, sehingga membibitkan hubungan romantis dengan vampire itu.
Jadi, jom check it out sesi temuduga KMania dengan abang Vampire, Ok Taecyeon.
KMania : Apa yang membuatkan anda memilih “Heartbeat” jadi project drama selanjutnya?
Ok Taecyeon : Saya menerima skrip drama HeartBeat semasa saya sedang menjalani penggambaran drama Blind. Melihatkan projek drama saya sebelum ini, watak yang di bawakan agak berat dan gelap, jadi saya nak cuba untuk bawa karakter yang lebih santai. Bila baca skrip HeartBeat ini, hati saya rasa ringan dan tenang. Saya pilih karya ini sebab saya menjangkakan akan dapat menunjukkan sisi berbeza melalui U-hyeol, vampire yang ingin menjadi manusia.
KMania : Apa yang anda rasakan bila membawakan watak separuh manusia dan separuh vampire?
Ok Taecyeon : Vampire adalah watak fantasi, jadi untuk memuaskan fantasi penonton, saya terpaksa berfikir lebih dan menggunakan sepenuhnya imaginasi saya mengenai kebolehan watak U-hyeol berbanding dengan membawakan watak-watak saya yang lain. Saya banyak berfikir dan berbincang dengan pengarah tentang sejauh mana keupayaannya sebagai separuh vampire dan separuh manusia serta bahagian mana yang akan diterimanya di dunia manusia.
KMania : Adakah anda berdepan dengan cabaran dalam menghidupkan watak Seon Woo-hyul? Apakah yang paling sukar tentang peranan anda dalam drama ini?
Ok Taecyeon : Disebabkan HeartBeat membawa genre fantasi dan banyak adegan disiapkan dengan teknologi CG. Oleh itu, saya terpaksa berlakon menggunakan imaginasi saya lebih daripada biasa. Dalam erti kata lain, saya banyak berbincang dengan pengarah berkenaan aspek teknikal dan bagaimana elemen tersebut akan digabungkan. Secara peribadi, saya takut pada ketinggian, jadi sukar untuk merakam adegan di mana saya harus bergantung pada wayar, tetapi saya rasa seronok ketika sesi penggambaran. Terima kasih kepada team aksi yang membuat persediaan dengan baik.
KMania : Apa persediaan anda untuk watak ini? Filem atau drama vampire mana yang anda tonton sebagai rujukan anda? Adakah anda menonton lakonan pelakon-pelakon lain yang membawakan watak vampire semasa persediaan untuk drama “HeartBeat “ini?
Ok Taecyeon : Vampire memang tak wujud dalam realiti, jadi saya membayangkan bagaimana rupa vampire dengan sifat perikemanusiaan. Sebelum penggambaran, saya ada menonton beberapa karya yang menampilkan watak vampire seperti Interview with the Vampire. Memandangkan HeartBeat adalah bertemakan romantik komedi, saya berlakon sambil fokus untuk menggambarkan jatuh bangunnya sebagai vampire yang terpaksa menyembunyikan identiti sebenar dalam dunia manusia dengan cara yang lebih lucu.
KMania : Bagaimana dengan penggambaran “HeartBeat”? Ada mana-mana scene yang awak suka?
Ok Taecyeon : Pada penghujung episod 10 terdapat adegan di mana saya menari dengan In-hae, dan adegan itu tidak dapat dilupakan. Ia adalah adegan pesta di rumah tamu, dan semasa menari dan bertentang mata antara satu sama lain, U-hyeol menyedari perasaannya terhadap In-hae. Saya rasa hebat sewaktu merakamkan adengan itu, jadi mungkin itulah sebabnya ia sangat diingati.
KMania : “HeartBeat” ini bukan sekadar siri fantasi romantis, tetapi ada juga adegan yang menyeronokkan dan kelakar. Bagaimanakah anda menggambarkan suasana semasa penggambaran? Adakah terdapat sebarang keseronokan di sebalik tabir yang anda ingin kongsikan dengan kami?
Ok Taecyeon : Ini adalah kali pertama saya bekerja dengan Won Ji-an, Yoon So-hui, dan Park Kang-hyun, tapi saya rasa kami serasi bersama dengan daya tarikan dan kekuatan yang berbeza antara satu sama lain — jadi suasana di set sangat ceria dan baik.
Ending Episode 1:
Peristiwa malang ini berlaku apabila In-hae menyedarkan U-hyeol sehari sebelum dia genap berusia 100 tahun. U-hyeol mendekati In-hae dengan penuh dendam, tetapi In-hae sebenarnya yang menggigit belakang leher U-hyeol dalam adegan ini.
Pada asalnya, ia bukan adegan di mana saya ditampar, tetapi selepas berbincang dengan pengarah di set mengenai idea itu untuk menjadikannya lebih seronok, kami akhirnya merakamnya dengan U-hyeol ditampar. Won Ji-an berkata dia tidak mempunyai pengalaman menampar orang sebelum ini, tetapi kami dapat bekerjasama dengan baik sehinggakan saya masih ingat keseronokkannya semasa merakam adegan ini.
KMania : Bagaimana anda membina chemistry dengan heroin anda (Won Ji-an), kerana kami mendapati anda berdua sangat comel
Ok Taecyeon : Jika ada sesuatu yang saya fikir akan menjadikan adegan itu lebih menyeronokkan, saya lebih suka untuk mencadangkannya on the spot. Saya menyelesaikan adegan sambil memikirkan apa yang terbaik untuk dilakukan bersama-sama dengan Ji-an. Memandangkan kemahiran lakonannya sangat bagus dan visualnya dia memang cantik, saya rasa chemistry antara U-hyeol dan In-hae hidup secara semula jadi.
KMania : Apakah perasaan anda tentang tajuk Kdrama “Heartbeat” ini yang sama dengan tajuk lagu 2PM?
Ok Taecyeon : Apabila saya mengetahui bahawa tajuk bahasa Inggeris drama ini ialah HeartBeat, saya fikir, “Takdir telah menemukan saya dengan projek ini.” Sama seperti lagu 2PM “Heartbeat” yang digemari ramai, saya berharap ramai orang akan menyukai drama HeartBeat.
KMania : Apakah yang perlu diperhatikan oleh peminat luar negara apabila menonton drama ini?
Ok Taecyeon : Memandangkan Seon U-hyeol HeartBeat ialah vampire versi dan gaya Korea, terdapat episode di mana kita melihat isu kehidupan sebenar atau latar belakang budaya dalam masyarakat Korea. Mungkin sukar untuk mencari segala-galanya tentang maklumat latar belakang ini, tetapi saya fikir ia akan menjadi lebih menyeronokkan untuk menonton sambil mengetahui sebahagian daripadanya.
KMania : Bolehkah anda katakan sesuatu kepada peminat luar negara anda yang menonton drama ini?
Ok Taecyeon : Saya amat berterima kasih di atas minat yang ditunjukkan oleh peminat dari luar negara di mana bahasa dan budayanya berbeza. Saya akan bekerja lebih keras lagi untuk membalas kasih sayang yang anda berikan. Saya akan cuba memastikan untuk bertemu peminat secara peribadi di mana saja mereka berada secepat mungkin.
Nota : Untuk makluman, Taecyeon telah mengumumkan siri jelajah Fan Meetingnya “2023 ‘Speciality’ Asia Fanmeeting Tour” di beberapa negara Asia termasuk Hong Kong, Tokyo, Manila, Bangkok, dan Jakarta. Agak hampa kerana Malaysia tidak tersenarai dalam siri lawatan tersebut. Bagaimanapun, ramai peminat berharap agar Taecyeon akan singgah juga ke Kuala Lumpur .
Full interview in English
KMania : What made you choose “Heartbeat?” as your next drama?
Ok Taecyeon : I received the script for HeartBeat while I was filming the drama Blind. Since my previous series was very dark and heavy, I wanted to do a brighter genre next. While reading the script for HeartBeat, my heart felt lighter and I felt healed. I chose this work with the expectation that I would be able to show various characteristics through U-hyeol, a vampire who wishes to become human.
KMania : What was it like playing the half human and half vampire?
Ok Taecyeon : Vampires are fantasy characters, so in order to satisfy the viewer’s fantasies, I had to think more and use my imagination more regarding U-hyeol’s abilities compared to acting as other characters. I thought a lot and had discussions with the director about how far his capabilities could go as a half vampire half human and what parts of him would be accepted in the human world.
KMania : Were there specific challenges associated with creating Seon Woo-hyul? What was especially difficult about your role in this drama?
Ok Taecyeon : Due to the fantasy genre and scenes being completed with CG later, I had to act using my imagination more than I usually do. In that sense, I had a lot of discussions with the director regarding the technical aspects of how those elements would be combined. I personally have a fear of heights, so it was difficult to film scenes where I have to hang from a wire, but I was able to have fun filming thanks to the action team who prepared well.
KMania : How did you prepare for this role? Which vampire movies or dramas did you watch for this? Did you watch other actors playing vampires when preparing your Heartbeat role?
Ok Taecyeon : Vampires do not exist in reality, so I imagined what increasingly humanized vampires would look like. Before filming, I watched several works featuring vampires such as Interview With the Vampire. Since HeartBeat is a romantic comedy, I acted while focusing on portraying his ups and downs as a vampire who has to hide his true identity in the human world in a more funny way.
KMania : How is the filming of “Heartbeat” going? Do you have a favorite scene?
Ok Taecyeon : At the end of episode 10 there’s a scene where I dance with In-hae, and that scene is memorable. It was a guesthouse party scene, and while dancing and making eye contact with each other, U-hyeol realizes his feelings for In-hae. I had a great time filming it, so perhaps that is why it’s so memorable.
KMania : “HeartBeat” is not just a romantic fantasy series, but there are also a lot of fun and hilarious scenes. How would you describe the atmosphere during the filming? Is there any fun behind the scenes that you want to share with us?
Ok Taecyeon : It was my first time working with Won Ji-an, Yoon So-hui, and Park Kang-hyun, but I think we were in harmony with each other’s different charms and strengths — so the atmosphere on set was very bright and good.
Episode 1 Ending:
An unfortunate event takes place when In-hae wakes up U-hyeol one day before he fulfills his 100 years. U-hyeol approaches In-hae full of resentment, but In-hae is actually the one who bites the back of U-hyeol’s neck in this scene.
Originally, it wasn’t a scene where I get slapped, but after discussing with the director on set about ideas to make it fun, we ended up filming it with U-hyeol getting slapped. Won Ji-an said she didn’t have experience slapping before, but we worked well together and I remember having fun filming this scene.
KMania : How you build the chemistry with your female lead (Won Ji-an), because we find both of you are so adorable
Ok Taecyeon : If there’s something that I think would make the scene more fun, I tend to suggest it on the spot. I completed scenes while working out what would be good to do together with Ji-an and since her acting skills are so deep and she is beautiful visually, I think the chemistry between U-hyeol and In-hae was created naturally.
KMania : How do you feel about this Kdrama title “Heartbeat” which is the same title as 2PM’s song?
Ok Taecyeon : When I learned that the English title would be HeartBeat, I thought, “This is really destiny, I’ve met a destiny-like project.” Just as 2PM’s song “Heartbeat” received a lot of love, I hope that many people will love the drama HeartBeat.
KMania : What should overseas fans look out for when watching this drama?
Ok Taecyeon : Since HeartBeat’s Seon U-hyeol is a Korean-style vampire, there are episodes where we see real-life issues or cultural backgrounds in Korean society. It might be difficult to look up everything about this background info, but I think it’ll be more fun to watch while knowing some of it.
KMania : Could you say something to your overseas fans who are watching this drama?
I sincerely thank you for having interest from overseas where the language and culture is different. I will work harder to repay the amount of love you give. Furthermore, I will try to make sure that the day when I can meet fans in person in their regions comes as soon as possible.
-End of questions-
KMania mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Arcis Communication dan Prime Video Malaysia kerana memberikan peluang ini kepada kami. Semoga Prime Video Malaysia akan terus maju ke hadapan dalam memberikan hiburan yang terbaik kepada pelanggannya dan diharapkan akan ada lagi peluang untuk KMania bekerjasama dengan team Prime Video Malaysia. Jangan lupa untuk strim “Heartbeat” dipaltform Prime Video Malaysia, Ok!
Prime Video menyediakan pelbagai kandungan tempatan dan antarabangsa untuk menghiburkan pelanggan mereka di Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara. Dengan senarai kandungan tempatan pilihan yang disesuaikan untuk penonton Malaysia, mereka komited untuk menyediakan pengalaman hiburan yang terbaik kepada pelanggan Prime Video tempatan.
Kesemua kandungan hiburan anda anda boleh dapatkan dengan satu langganan sahaja iaitu di platform penstriman Prime Video dengan harga RM25.00 sebulan. Turut disediakan trial selama 7-hari dan anda boleh batalkan pada bila-bila masa sahaja.