Kim Sejeong akan kembali ke dunia muzik K-Pop selepas dua tahun

Kim Sejeong akan membuat kemunculan semula dengan muzik baharu!

Pada 27 Julai, OSEN melaporkan bahawa Kim Sejeong akan membuat kemunculan semula sebagai idol K-pop pada bulan September.

Kim Sejeong akan mengeluarkan album baharu pada bulan September.” Ini adalah kemunculan semula Kim Sejeong sebagai artis buat kali pertama dalam tempoh dua tahun sejak album mini keduanya “I’m,” yang dikeluarkan pada 2021. – Jellyfish Entertainment

Sebagai naib juara musim pertama “Produce 101” pada 2016, Sejeong memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan projek I.O.I dan sebagai ahli gugudan, yang dibubarkan pada akhir 2020. Dia mengeluarkan beberapa lagu solo hit sepanjang kerjayanya seperti “Flower Way” dan “Plant.”

Kim Sejeong juga aktif sebagai pelakon, dan telah membintangi pelbagai drama termasuk “Today’s Webtoon,” “A Business Proposal,” dan “The Uncanny Counter,” yang kini sedang bersiap sedia untuk tayangan Musim 2 pada 29 Julai diplatform Netflix.

Daripada peranannya dalam drama hinggalah kerjayanya sebagai penyanyi, peminat teruja melihat perkembangannya. Jadi, nantikan sesuatu yang istimewa sempena comeback Kim Sejeong dengan muzik yang baharu.

Sumber : 1 | 2

loading...