Kim Seon Ho dilapor akan buat kemunculan istimewa dalam drama terbaru IU & Park Bo Gum

Kim Seon Ho mungkin akan membuat penampilan istimewa dalam drama terbaru lakonan IU dan Park Bo Gum.

Pada 27 Julai, Xportsnews melaporkan bahawa Kim Seon Ho akan membuat penampilan istimewa dalam drama baharu “You Have Done Well” (tajuk literal, ditulis dalam dialek Jeju).

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, sumber dari agensi Kim Seon Ho SALT Entertainment berkongsi, “Ya, memang Kim Seon Ho ada terima tawan untuk membuat penampilan istimewa dalam ‘You Have Done Well.’ Dia sedang meneliti tawaran itu secara positif, dan segalanya masih dalam perbincangan.”

Drama ini akan menceritakan kisah hidup Ae Soon dan Gwan Shik yang dilahirkan di Pulau Jeju pada tahun 1950-an. IU akan memegang watak Ae Soon, yang bercita-cita menjadi penyair walaupun tidak dapat bersekolah. Ae Soon digambarkan sebagai watak yang berani dan tidak menyembunyikan sebarang emosi. Park Bo Gum akan memainkan watak Gwan Shik, watak yang sangat rajin dan mempunyai personaliti yang dingin. Percintaan bukanlah kekuatan untuknya, tapi biarpun dikenali seorang yang pendiam, dia memendam perasaan terhadap Ae Soon dari awal dan melakukan segala yang dia boleh untuk terus mencintainya.

You Have Done Well”  ditulis oleh penulis hit Im Sang Choon yang pernah menghasilkan skrip untuk “Fight My Way” dan “When the Camellia Blooms” dan diarahkan oleh Kim Won Seok, yang sebelum ini mengarahkan  “Misaeng (Incomplete Life),” “Signal, ” dan “My Mister.”

Sumber : 1 | 2

loading...