Sung Hoon & Jung Yoo Min terajui drama terbaru ‘Perfect Marriage Revenge’

Sung Hoon dan Jung Yoo Min akan bergandingan dalam drama terbaru MBN.

Pada 13 Julai, MBN mengesahkan kedua-dua pelakon ini akam membintangi drama ‘Perfect Marriage Revenge’ yang diadaptasi dari webtoon popular dengan nama yang sama. Kisah ini berkisarkan tentang Han Yi Joo, yang berkahwin atas dasar kontrak dengan Seo Do Guk untuk membalas dendam terhadap bekas suaminya.

Jung Yoo Min akan memegang watak Han Yi Joo, yang membesar sebagai anak angkat kepada pengerusi Hanwool Financial Group. Setelah berdepan dengan kemalangan, keajaiban berlaku apabila Han Yi Joo dapat mengembara ke masa lalu dan memutuskan untuk mengubah takdirnya dengan menamatkan hubungan yang tragis menimpa hidupnya sebelum ini.

Manakala Sung Hoon melakonkan watak Seo Do Guk, seorang CEO syarikat platform dalaman dan cucu kepada pengasas syarikat besar.

‘Perfect Marriage Revenge’ telah pun memulakan penggambaran, tetapi tarikh tayangan perdananya masih belum dapat dipastikan. Nantikan lebih banyak kemas kini mengenai drama ini selanjutnya.

Sumber : 1 | 2

loading...