“Musim 3 “Tale Of The Nine-Tailed”? Mungkin, boleh jadi, “- tvN

tvN telah mengulas mengenai kemungkinan musim ketiga “Tale of the Nine-Tailed”!

Untuk makluman, musim kedua drama itu baru sahaja tamat minggu lepas. Dipenghujung episod terakhir “Tale of the Nine-Tailed 1938” selepas kredit dan mesej “terima kasih” kepada penonton, Lee Yeon kedengaran berkata, “Jadi ini Joseon?” Drama itu kemudiannya menunjukkan adegan animasi ringkas Lee Yeon berlari daripada dua lelaki yang mengejarnya pada era Joseon.

Adegan tersebut juga dianggap menimbulkan spekulasi kemungkinan produksi drama ini mempunyai rancangan untuk musim ke-3 yang lebih jauh ke masa lampau.

Pada 13 Jun, tvN, yang menyiarkan drama itu, mengesahkan bahawa mereka sedang membincangkan kemungkinan musim ketiga drama itu, tetapi menyatakan bahawa tiada apa yang diputuskan lagi.

“Kami telah membiarkan semua kemungkinan terbuka, tetapi pada masa ini, tiada apa yang dapat diputuskan,” kata tvN.

“Tale of the Nine-Tailed,” pertama kali disiarkan pada 2020, dan ia mengisahkan gumiho lelaki (mitos musang berekor sembilan) Lee Yeon (lakonan Lee Dong Wook) pada masa kini.

Pada musim kedua drama ini, “Tale of the Nine-Tailed 1938” ia mengisahkan tentang Lee Yeon yang kembali ke tahun 1938. Dia akhirnya melakukan pengembaraan yang penuh ranjau dalam usahanya untuk kembali ke masa kini.

Apapun, nantikan kemaskini lanjut mengenai musim terbaru “Tailed of the Nine-Tailed”. Buat korang yang ingin menonton “Tale of the Nine-Tailed 1938”, ianya tersedia untuk tontonan diplatform Prime Video.

Sumber : 1

loading...