Lebih mencabar dan ekstrem, Netflix “Physical: 100” kembali dengan musim 2

“Physical : 100” , rancangan tanpa skrip pertama yang menjadi program TV bukan bahasa Inggeris paling popular Netflix, sedang bersiap sedia untuk musim kedua yang dinanti-nantikan untuk menemui fizikal terbaik.

Program Physical:100 menampilkan 100 peserta dengan kebolehan fizikal yang luar biasa bersaing dalam mengharungi cabaran yang ekstrem untuk mencabar kekuatan, ketahanan, ketangkasan, keseimbangan dan kemahuan mereka demi memenangi gelaran badan terbaik.

Para peserta datang dari pelbagai bidang termasuk atlet, bina badan, hingga lah bekas anggota tentera tanpa mengira umur, jantina dan kewarganegaraan.

Sejak disiarkan pada bulan Januari, “Physical:100” telah mendapat tontonan ramai sehingga menduduki nombor satu dalam senarai 10 Teratas Global Netflix: Rancangan TV.

Program ini juga berjaya masuk ke dalam senarai 10 teratas di 82 negara dan mengumpul jumlah masa siaran hampir 200 jam dalam masa enam minggu sahaja.

Dalam Musim 2, kumpulan baru dengan seratus orang peserta akan bertarung, tanpa mengira umur, jantina, kewarganegaraan atau kelas berat badan, untuk menjadi individu yang terakhir berdiri.

“Kami sangat berterima kasih kerana Physical : 100 menerima begitu banyak sokongan daripada peminat global, dan kami memberi perhatian kepada semua komen dan maklum balas,” kata pengarah Jang Ho-gi.

 

“Kami memutuskan untuk mengekalkan intipati persembahan—mencari susuk tubuh yang sempurna—sambil memperkenalkan elemen segar. Ini adalah cara kami untuk menyatakan rasa terima kasih kami kepada peminat rancangan itu.”

Jang juga mendedahkan akan memperkenalkan ruang yang lebih besar dan cabaran yang lebih sukar, serta menjemput pemain yang tidak dapat menyertai musim sebelumnya.

“Saya berbesar hati bertemu dengan ramai peserta yang saya rasa terlalu layak. Dan saya juga bekerjasama dengan ramai pakar untuk memastikan kami mempunyai pencarian yang lebih mengujakan dan direka dengan baik yang akan membuatkan penonton tidak berganjak dari  tempat duduk mereka,” tambahnya.

“Saya berjanji kepada anda bahawa kami akan kembali dengan musim baharu di mana kesemua aspek dipertingkatkan untuk peminat global kami.”

loading...