Oh Yeon Seo & Jang Gyuri dalam perbincangan untuk sertai Song Seung Heon untuk “The Player” Musim 2 tanpa kehadiran Krystal

“The Player” sedang bersiap sedia untuk kembali dengan Musim 2 dan barisan pelakon baharu yang menarik!

Untuk musim akan datang, Oh Yeon Seo dan Jang Gyuri kini dalam perbincangan untuk menyertai barisan pelakon drama tersebut. Pada 27 Januari, agensi Oh Yeon Seo, Story J Company mendedahkan, “Pelakon Oh Yeon Seo telah menerima tawaran untuk ‘The Player 2’ dan sedang menyemaknya.” Mereka menambah, “Dia telah menerima tawaran untuk watak Jung Soo Min. Memandangkan tiada apa-apa yang disahkan lagi, sukar untuk berkongsi lebih lanjut mengenai peranan yang ditawarkan kepadanya.”

Pada hari yang sama, agensi Jang Gyuri JUST Entertainment mengulas, “Memang benar Jang Gyuri telah menerima tawaran untuk ‘The Player 2.’ Dia sedang meneliti secara positif [tawaran itu].” Dikatakan bahawa Jang Gyuri sedang dalam perbincangan untuk memainkan watak Jae Yi, seorang pemandu mahir yang diluarnya nampak tegas tapi hatinya lembut.

Drama OCN 2018 “The Player” mengikuti kisah seorang penipu, penggodam, pejuang, dan pemandu yang bekerjasama untuk menumpaskan golongan kaya dan korup. Musim pertama dibintangi oleh Song Seung Heon, Lee Si Eon, Krystal, Tae Won Suk dan ramai lagi.

Walaupun Song Seung Heon telah disahkan untuk memainkan semula peranannya, Krystal tidak akan kembali untuk musim terbaru. Agensinya H& Entertainment mengesahkan, “Krystal tidak akan muncul dalam ‘The Player 2.'”

Penggambaran untuk Musim 2 ditetapkan untuk bermula pada separuh pertama tahun ini.

Sumber : 1 | 2

loading...