4 ahli LOONA menang saman terhadap BlockBerry Creative & agensi kongsi respons ringkas

Empat ahli LOONA dilaporkan telah memenangi saman mereka terhadap agensi mereka BlockBerryCreative.

Pada 13 Januari, laporan media mendedahkan bahawa Heejin, Kim Lip, Jinsoul, dan Choerry telah memenangi saman untuk menggantung kontrak eksklusif mereka dengan Blockberry Creative, manakala Haseul, Yeojin, Yves, Olivia Hye, dan Gowon kalah. Keputusan itu bermakna kontrak eksklusif 4 ahli yang menang kini telah digantung, manakala baki 5 lagi kekal di bawah label yang sama.

Laporan menyatakan 4 ahli yang memenangi saman mereka mempunyai kontrak yang sama seperti Chuu, yang disingkirkan daripada LOONA November lalu. Sementara itu, peruntukan dalam kontrak Haseul, Yeojin, Yves, Olivia Hye, dan Gowon telah mengalami perubahan antara setahun atau dua tahun lalu, dan mahkamah tidak mendapati kontrak itu tidak adil.

Mengenai keputusan kes itu, Blockberry Creative menyatakan, “Kami sedang menelitinya. Kami bercadang untuk berkongsi kenyataan kemudian.”

Pada November 2022, 9 ahli LOONA memfailkan injunksi untuk menggantung kontrak mereka dengan Blockberry Creative. Vivi dan Hyunjin tidak turut serta dalam kes itu. Manakala pada Disember 2022, BlockBerryCreative mengesahkan bahawa LOONA akan membuat kemunculan semula dengan 11 ahli pertama mereka pada bulan Januari berikutan penyingkiran Chuu. Beberapa minggu kemudian, BlockBerry Creative mengumumkan bahawa agensi itu memutuskan untuk menangguhkan kemunculan semula dengan 11 ahli sehingga masa yang tidak ditentukan selepas berdepan dengan insiden boikot dan mengambilkira beberapa perkara lain.

Sumber : 1 | 2

loading...