Song Hye Kyo, Lee Do Hyun, Lim Ji Yeon dan ramai lagi kongsi pengalaman, perasaan ditampar & karakter mereka dalam “The Glory”

Pada 20 Disember, pelakon drama terbaru Netflix “The Glory” telah menghadiri sidang media yang diadakan di Seoul.  Turut hadir ialah penulis skrip tersohor Kim Eun Sook, pengarah Ahn Gil Ho, pelakon Song Hye Kyo, Lee Do Hyun, Lim Ji Yeon, Yeom Hye Ran, Park Sung Hoon, dan Jung Sung Il. Manakala Park Kyung-lim bertindak sebagai moderator. KMania juga telah berpeluang untuk mengjadiri sidang media tersebut secara dalam talian.

Menurut penulis skrip Kim Eun Sook, “The Glory” adalah plot balas dendam, ringkasnya. Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang jiwanya dihancurkan oleh keganasan sekolah, dan gadis Dong-eun ini telah mendedikasikan hidupnya untuk merancang aksi balas dendam dengan teliti.

PD Ahn Gil Ho pula memberitahu sesuatu yang gak menarik tentang drama ini dan berkata, “‘The Glory’, bahagian pertamanya akan ditayangkan pada 30 Disember, dan bahagian kedua akan dikeluarkan pada Mac depan. Oleh itu, kami berharap anda sentiasa mengikuti dan menikmati drama ini.

Ditanya kepada Kim Eun Sook bagaimana terhasil plot drama ini dan kenapa nama “The Glory” dipilih, ini jawapannya:

Saya sendiri adalah ibu bapa, dan anak perempuan saya akan menjadi pelajar tahun kedua di sekolah menengah tahun depan. Jadi, keganasan sekolah bukanlah topik baru bagi saya dan ia adalah sesuatu yang saya ingin teliti. Bercakap tentang topik keganasan sekolah, dan saya bimbang anak perempuan saya akan dibuli tambahan saya dikenali ramai, tetapi anak perempuan saya berkata, bahawa saya tidak begitu terkenal.

Dan kemudian anak saya berkata, adakah anda akan lebih sakit jika saya memukul seseorang atau jika saya dipukul? Saya rasa pendek nyawa ketika itu. Jadi saya bercakap tentang perkara ini dengan anak perempuan saya, dan banyak perkara yang terlintas di kepala saya. Jadi itulah sebabnya saya mula menulis skrip, “The Glory”. Dan saya berfikir tentang tajuk drama itu, dan saya membaca banyak wawancara berkaitan mangsa keganasan sekolah. Dan mereka semua berkata bahawa mereka tidak mahukan pampasan material, tetapi mereka mahukan permohonan maaf yang tulus. Saya terfikir, apa yang mereka akan dapat daripada permohonan maaf yang ikhlas? Kemudian, saya mengerti ia bukan sesuatu yang mereka akan dapat, tetapi mereka mahu memulihkan sesuatu. Saat menjadi mangsa keganasan sekolah, mereka kehilangan maruah mereka.

Jadi, apabila mereka meminta maaf dengan sepenuh hati, mereka akan rasa kejadian itu tidak pernah berlaku. Itulah sebabnya saya menamakan tajuk “The Glory”. Saya fikir ia adalah cara saya untuk mendapatkan semua orang di luar sana  seperti Dong-eun, Hyeon-nam, Yeo-jeong. Saya mahu mereka kembali ke tempat di mana ianya tidak pernah berlaku.

Song Hye Kyo

Saat ditanya karakter Dong Eun dan cabaran yang dihadapi Song Hye Kyo, aktress itu memberitahu:

“Pertama sekali, saya menerima tawaran ini kerana penulis Kim dan pengarah An – tidak ada sebab untuk tidak melakukannya. Dan apabila saya membaca skrip, saya merasakan bahawa inilah yang saya cari. Ini adalah genre dan watak yang saya cari sepanjang kerjaya saya. Saya sentiasa dahagakan genre seperti ini dan watak seperti ini, dan akhirnya saya bertemu dengan rancangan ini.

Apabila saya membaca skrip, saya berasa sangat tragis untuk Dong-eun, dan saya tidak dapat memikirkan apa-apa lagi. Bagaimanakah ini boleh berlaku kepada seseorang? Dan ini semua ditulis dengan sangat teliti oleh penulis Kim dengan begitu indah. Jadi jika saya boleh melakukan kerja yang baik untuk menggambarkan Dong-eun, ini akan menjadi persembahan yang hebat.

Dong-eun mengalami keganasan sekolah ketika berada di sekolah menengah dan jiwanya hancur serta tiada siapa yang akan melindunginya termasuk ibu bapa, sekolah dan polis. Jadi dia memilih untuk membunuh diri, tetapi kemudian dia berfikir, mengapa saya yang perlu mati? Dan selepas itu dia berazam mahu mereka yang membulinya dihukum. Jadi begitulah caranya dia merancang rancangan balas dendam dengan penuh teliti.

Ia sangat-sangat mencabar untuk menggambarkan menjadi mangsa. Dong-eun ketika muda tidak berdaya dan terluka. Dia tidak mampu untuk melawannya. Tetapi setelah dewasa, saya tidak mahu Dong-eun kelihatan menyedihkan. Saya mahu dia kelihatan lebih kuat dan itulah yang saya cuba fokuskan. Saya juga banyak berbincang dengan pengarah dan bertukar pendapat.. Jadi saya rasa ia berjalan agak lancar.”

PD nim kemudian menambah,”Apabila saya mula-mula melihat skrip dan bertemu dengan watak Dong-eun, dia nampaknya mempunyai dualitas ini di mana dia sangat rapuh tetapi juga sangat kuat. Dan tidak ramai pelakon yang boleh menggambarkan kedua-dua aspek tersebut. Dan saya fikir Hye-kyo mungkin satu-satunya pelakon yang boleh menggambarkannya. Dan saya sangat bersyukur kerana dia berkata ya kepada projek itu.

Kim Eun Sook turut memberitahu, ” Apabila saya melihat cut itu untuk kali pertama, saya kagum dan hampir terpegun. Saya tidak tahu bahawa Hye-kyo boleh mempunyai ekspresi muka itu, saya tidak tahu dia boleh berjalan dengan cara ini, bercakap dengan cara ini. Dan segala-galanya yang saya lihat daripadanya, saya tidak dapat melihatnya dalam beberapa wataknya sebelum ini.

Lee Do Hyun

Saat beralih kepada Lee Do Hyun, pelakon comel itu berkata:

“Sama seperti Hye Kyo, saya suka penulis dan pengarah, ia adalah satu penghormatan untuk bekerjasama dengan mereka. Ketikaa mula mendapat skrip untuk empat episod pertama, saya ingin tahu tentang siapa sebenarnya lelaki Yeo-jeong ini kerana dia bukan jenis watak yang straigt-forward. Jadi saya sangat ingin tahu tentang siapa lelaki ini, dan apa yang dia ada. Saya harap penonton juga seperti saya yang ingin tahu tentang watak Yeo Jeong ini. Dia tidak seperti watak yang jelas, dia berada di tengah-tengah, tetapi dia mempunyai watak tersendiri. Jadi saya ingin memastikan bahawa saya berjaya melalui watak ini.

Watak Yeo Jeong ni kehidupan sangat protective. Dia kelihatan ceria dan mempunyai high energy. Untuk membawakan watak ini, saya banyak berbincang dengan PD nim dan saya menyedari bahawa tahap ekspresi saya pada baris tertentu membawa kepada mood yang berbeza apabila adegan bertukar. Jadi saya akan menyediakan penyampaian ringkas bagi baris dialog tertentu, sedikit tinggi, sedikit lebih kompleks – versi berbeza baris dialog yang sama ini dalam adegan, itulah yang saya sediakan supaya kita boleh menjadi lebih mencabar dan memperkemaskan lakonan kita.

Untuk menjayakan watak Yeo Jeong, saya terpaksa berlatih di rumah dan disebabkan saya tinggal seorang, saya perlukan sesuatu untuk menggantikan Hye Kyo . Jadi saya  terpaksa beralih kepada haiwan peliharaan saya sebagai ganti Hye-kyo. Saya minta maaf, Hye Kyo.”

Kim Eun Sook menambah,”Apa yang boleh saya katakan tentang Do Hyun? Kemahiran lakonannya luar biasa. Saya mengatakan kepadanya saya ingin Do Hyun membawakan watak Yeo Jeong dan mengajaknya membuat sesuatu yang hebat. Apa yang boleh saya katakan, saya percaya bahawa Do Hyun boleh melakukan dengan baik kerana saya tidak dapat melupakan saat pertama saya melihatnya di skrin. Dia seorang budak besar tetapi dia sangat terperinci dan teliti dalam hal penggambaran dan ekspresi wataknya. Jadi saya tidak mahu apa-apa lagi daripada dia.

Lim Ji Yeon

“Apabila saya mula-mula membaca skrip untuk “The Glory”, ia mengejutkan saya. Apakah ini? Dan apakah jenis skrip ini? Dan saya benar-benar terbawa dalam skrip. Pada mulanya, saya fikir, wow, inilah Kim Eun-sook itu, dan kemudian saya berkata kepada diri sendiri, betulkah dia yang menulis? Sebab ini menyimpang dari genre kebiasaannya. Ini juga adalah kali pertama saya mengambil watak jahat yang saya idamkan dan saya mahu sambut cabaran ini. Jadi begitulah cara saya menyertainya.”

Berkaitan wataknya, Yeon-jin adalah seorang pembuli di sekolah menengah. Dia antara pelaku yang melakukan keganasan dan menyebabkan kesakitan melampau kepada Dong-eun. Dia sama sekali tidak ada sebab utama pun atas tindakan jahatnya, atau lebih tepat saja-saja suka. Dia dilahirkan ke dunia yang semuanya menyebelahinya,dan memiliki segalanya. Disebabkan itu, Yeon Jin tidak pernah merasai rasa sakit atau betapa salahnya perbuatan membuli itu. Setelah dewasa, dia mempunyai perkahwinan yang baik, dan dikurniakan seorang anak. Tidak semena-mena dia mengetahui bahawa Dong-eun adalah guru kelas anak perempuannya. Setelah berjumpa Dong Eun, dia mahu tunjukkan kehidupannya yang hebat dan berjuang untuk kekalkannya.

“Jadi sebab itu saya cuba memahami dengan baik kenapa Yeon Jin melakukan perkara itu dan, apa yang berlaku dalam hidupnya menyebabkan dia menjadi seperti itu kerana saya mahu mencipta Park Yeon-jin yang hanya boleh saya gambarkan.”

Kim Eun Sook kemudian memberitahu, “Nah, kerana dia tidak pernah bermain watak antagonis, saya fikir saya mahu menjadi orang pertama yang merosakkan imejnya sebagai penjahat. Yeon-jin adalah seorang wartawan cuaca, jadi kami memerlukan seseorang yang mempunyai imej sesuai dengan peranan itu selain dari imej diluar nampak baik tapi hatinya seperti devil. Saya fikir Ji Yeon bersesuaian dengan karakter yang ada untuk Yeon Jin. Bila bertemu dengan Ji Yeon, senyuman dia manis saja, tetapi dia bagitahu bahawa dia akan melakukan yang terbaik untuk menjadi penjahat yang paling jahat.

Bila ditanya tentang adegan paling diingati di mana dia bertemu dengan Dong-eun di gim sekolah dan menampar antara satu sama lain, ini penjelasan Lim Ji Yeon,

“Oh, adegan itu. Ia adalah adegan yang sangat sukar untuk menggambarkan emosi Yeon-jin kerana saya tertanya-tanya, bagaimana perasaan wanita ini? Dia bersemuka dengan seseorang yang pernah menjadi mangsa kejahatannya dan telah dibuli semasa remaja. Saya masih ingat PD An berkata, kita tidak boleh membuat kesilapan dalam adegan ini, mari kita lakukan dalam single take. Jadi saya ingat muka Hye-kyo dan saya, agak merah selepas itu,” sambil memandang ke arah Hye Kyo.

Apabila disoal apakah Hye Kyo masih ingat adengan itu, dia mengulas,”Ya saya masih ingat. Saya mempunyai kerjaya yang agak lama dan telah bekerja sebagai pelakon untuk masa yang lama, dan saya fikir ini adalah kali pertama saya ditampar sekuat itu. Saya fikir ia mungkin sama untuk Ji-yeon juga, apabila saya mula-mula ditampar, saya jadi blank dan langsung saya tidak ingat dialog seterusnya. Kemudian kami berdua berdiri di depan cermin dan mendapati muka kami mempunyai kesan tangan yang sangat merah. Disebabkan itu, kami terpaksa berehat sambil tuam ais dimuka sendiri.

Yeom Hye Ran

Plot balas dendam yang ditulis oleh penulis Kim, siapa saja yang akan mengatakan tidak kepadanya? Saya sangat teruja untuk drama ini, dan ketika saya membaca skrip, saya terkejut kerana ia adalah jenis plot dendam yang sangat versi Korea. Dan terdapat banyak watak yang berbeza tetapi semua watak sangat terjalin dan ia sangat meyakinkan, jadi sangat menyukai drama dan skripnya.

Watak Hyeon-nam adalah mangsa keganasan rumah tangga. Dia telah mengalami keganasan rumah tangga untuk masa yang agak lama. Suaminya mahu memukul anak perempuannya, yang segala-galanya baginya. Ketika bertemu dengan Dong-eun, dan dia meletakkan taruhan besar pada Dong-eun.

Kim Eun Sook memberitahu moderator bahawa watak Hyeon Nam adalah orang yang sangat disayangi. Lantas Hye Ram menjawab,”Saya sangat tertekan untuk kelihatan disayangi. Dan kerana saya adalah fresh breath dalam drama tersebut, jadi saya ingin memastikan bahawa jika ada satu watak, satu bahagian watak yang anda ingin fokuskan, dalam drama ini, saya perlu menunjukkan facade yang berbeza. Ia mencabar tetapi ia juga sangat mengujakan untuk saya hadapi.

Hye Ran adalah orang pertama yang ada dalam fikiran saya, jadi apabila saya google  tentang dia, saya ingin melihat jadualnya untuk memastikan dia boleh sertai drama kami. Semasa mewujudkan watak ini, Hye Ran berada dalam fikiran saya, jadi sangat mudah untuk menulis watak ini, dengan membayangkannya. Biarpun dialognya mengatakan berkata bahawa dia dipukul tetapi dia sentiasa kelihatan ceria. Jadi itulah yang dia maksudkan. Saya mahukan keceriaan dalam dirinya, ditambah pula dengan perasaan menjadi mangsa. Jadi saya mahu kedua-duanya jelas dalam watak Hyeon Nam, dan saya fikir dia adalah watak yang paling disayangi dalam drama itu.’

Park Sung Hoon

Saya juga peminat tegar penulis Kim, dan dia mahir dalam drama bertemakan percintaan, tetapi ini adalah percubaan pertamanya dalam genre keganasan. Jadi saya mahu berada di sana pada titik perubahan dalam kerjayanya, jadi saya tak rasa ianya sia-sia.

Watak Jeon Jae Joon sentiasa menarik perhatian ramai ke mana sahaja dia pergi. Dia lelaki yang menarik dan mempunyai segala-galanya. Dia suka berpesta, gadis cantik, berjudi, dan keganasan. Jadi dia sangat dekat dengan kata kunci ini. Walaupun mengalami gangguan, wangnya terus bertimbun dan suatu hari, Dong-eun telah merancang satu plot, dan dia telah ditarik ke dalam rancangan itu. Untuk mengetahui apa yang berlaku, kena stay tuned pada 30 Disember.

Bila ditanya perasaan melakonkan watak Jeon Jae Joon yang merupakan salah satu watak jahat, ini jawapan Sung Hoon.

Saya telah membawakan watak penjahat beberapa kali untuk projek drama saya terdahulu, dan pernah mendapat watak pembunuh dalam genre yang berbeza. Jadi saya rasa watak penjahat kali ini lebih mesra sedikit berbanding watak jahat saya terdahulu. Apapun, saya ingin memastikan bahawa saya kekal dengan skrip, dan saya sentiasa mempunyai empat versi lakonan saya, tetapi Do-hyun mempunyai lima versi jadi saya sangat menghormatinya.

Jung Sung Il

Saya juga seperti pelakon yang lain. Mana-mana pelakon akan teruja untuk bekerja dengan penulis Kim dan pengarah An. Jadi saya sangat gembira kerana saya ditawarkan bahagian dalam drama ini.

Watak Do Yeong digambarkan memounyai yang jelas dan bersih. Dia ada wang, kuasa, dan segala-galanya serta mempunyai perkahwinan yang sempurna. Tetapi kemudian, dia mendapat tahu tentang masa lalu isterinya yang kelihatan sempurna, rupanya seorang pembuli dan pelaku keganasan sekolah satu ketika dulu. Dia fikir hidupnya adalah sempurna, namun ada retakan yang berlaku dan dia perlu membuat keputusan yang besar.

Moderator kemudian menyatakan ia pasti sukar untuk memainkan watak ini di mana anda perlu membuat keputusan yang besar. Bagaimanakah dia mahu menggambarkan watak Do-yeong.

Ia mencabar pada mulanya tetapi saya banyak berbincang dengan penulis Kim dan PD An, jadi saya tahu arah mana saya mahu pergi. Semasa saya membuat penggambaran, saya terfikir tentang ketegangan yang Do-yeong akan bawa ke dalam drama itu dan saya fikir tentang jenis kedudukan yang dia perlu ambil dalam keseluruhan jalan cerita. Jadi saya banyak berbincang dengan pengarah dan penulis.

 

Saat ditanya bagaimanakah kerjasama antara satu sama lain memandangkan kali pertama Kim Eun Sook dan PD Ahn bersama.

Ahn Gil Ho

Apa lagi yang boleh saya katakan? Ia adalah saat terbaik dalam kerjaya saya. Saya menyukai keseluruhan pengalaman yang saya perolehi. Penulis Kim, dia seorang yang baik, sangat sopan dan merendah diri, serta seorang yang bekerja keras. Itulah sebabnya kami sentiasa mahukan penulis Kim dan saya sedar mengapa itu berlaku. Saya menyedari bahawa untuk setiap perkataan dan setiap tanda baca dalam skrip, dia mencurahkan hati dan jiwanya ke dalamnyai. Jadi ia sangat mulia bagi saya.

Kim Eun Sook

Pengarah An adalah seseorang yang anda tidak kenali, bila dia tidur? Tiada siapa yang tahu kerana dia tidak pernah sekali pun tidak membalas panggilan atau mesej saja pada bila-bila masa saja. Dan kerana tenaganya, saya juga dapat bekerja dengan lebih kuat lagi. Saya masih ingat ketika bertanya kepadanya, adakah anda seorang ahli silap mata, pengarah An? Kerana untuk adegan tertentu, saya rasa semua babak adalah seperti itu tetapi, ada adegan tertentu yang saya cukup risaukan. Tetapi hasilnya sempurna. Jadi jika dia tidak berkahwin, saya akan memberinya banyak pelukan. Saya memangilnya ahli silap mata, bukan pengarah. Ia adalah satu pengalaman yang luar biasa untuk bekerja dengannya.

Saat ditanya tentang mengenai freedem of expression dengan Netflix?

The Glory diberi rate R, atau 19 dan ke atas. Ia mempunyai kaitan dengan bahasa, dan juga kandungan apa yang berlaku sebagai ekspresi keganasan sekolah. Dan satu lagi sebab ialah ia bukan dendam yang dilakukan dalam batas undang-undang. Ini adalah dendam peribadi dan ia bukan untuk melindungi atau mempertahankan keganasan, jadi saya fikir orang dewasa yang bersesuaian menontonnya, kerana mereka dapat membezakan apa yang betul dan salah, dan mempunyai nilai peribadi yang kukuh. Itulah alasan di sebalik penarafan dan saya percaya bahawa ini adalah kandungan dan jalan cerita yang sesuai untuk 19 tahun dan ke atas.

“The Glory” lambang plot balas dendam yang sangat meyakinkan. Saya fikir ia adalah segala-galanya yang anda inginkan dalam plot balasan dendam, jadi sila nantikan – Yum Hye Ran

Semua pelakon dan seluruh kakitangan, telah mencurahkan segala-galanya ke dalam drama itu, jadi saya harap anda semua menyukainya dan menikmatinya pada 30 Disember ni. Nantikan. – Song Hye Kyo

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang “The Glory”, merasai rasa sakitnya dibuli, menjadi mangsa dan bagaimana untuk bangkit semula dengan kuat, melihat bagaimana setiap karekter berkembang, menikmati hasil kerja pertama Kim Eun Sook dalam genre paling berbeza serta melihat hasil arahan yang hebat dari Ahn Gil Mo, anda perlu kekal dengan Netflix mulai 30 Disember ini.

Jom tonton sedutan drama The Glory

loading...