[UPDATE] 15 drama Korea terbaru sebagai penutup 2022 yang akan bersiaran sepanjang Disember ini

Annyeong, chinguyaa~~ 2023 is coming. Rasa macam baru je masuk tahun 2022. How time flies so fast.  As usual, setiap bulan kami akan update korang dengan drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang dan ini adalah barisan drama terakhir untuk tayangan 2022.

Well, sepanjang Disember ini, ada 13 lagi drama Korea terbaru menanti untuk tontonan korang. So, let’s check it out the list.

1. Recipe for Farewell

  • Tarikh Tayangan: 1 Disember 2022
  • Penyiar: tvN Asia Astro Ch 395 & Astro Go, unifi TV Ch 211, Setiap Jumaat, 10.30 PM
  • Barisan Pelakon: Han Suk Kyu, Kim Seo Hyung

“Recipe for Farewel” mengisahkan seorang suami yang memasak makanan untuk isterinya yang disahkan menghidap kanser usus selepas mereka bercerai.

Si suami, Chang Wook (Han Suk Kyu) bukanlah seorang tukang masak yang hebat, tetapi dia meletakkan sepenuh kasih sayangnya ke dalam makanan yang disediakan untuk isterinya Da Jeong (Kim Seo Hyung).

2. Unlock My Boss

  • Tarikh Tayangan: 7 Disember 2022
  • Penyiar: ENA
  • Barisan Pelakon: Park Sun Woong, Chae Jong Hyeop, Seo Eun Su

“Unlock My Boss” mengisahkan Park In Seong, seorang lelaki berusia 29 tahun yang fokus mencari pekerjaan. Suatu ketika, dia secara tidak sengaja menjumpai telefon pintar yang boleh bercakap dan juga mengarahkannya.

Ternyata, telefon pintar itu dipenuhi dengan jiwa Kim Seon Ju (Park Sung Woong), seorang CEO genius sebuah syarikat besar yang dikhabarkan meninggal dunia secara luar biasa. In Seong dan Seon Ju juga bekerjasama untuk mendedahkan siapa dalang di sebalik kematian Seon Ju.

3. Connect

  • Tarikh Tayangan: 7 Disember 2022
  • Penyiar: Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Jung Hae In, Go Jung Pyo, Kim Hye Joon

Connect dibarisi oleh Jung Haein sebagai Ha Dongsoo – sejenis manusia abadi baharu yang dikenali sebagai ‘Connect’, yang diculik oleh sekumpulan penjual organ yang bertekad untuk mengambil mata penglihatannya. Selepas tiba-tiba bangun di atas ruang bedah semasa menjalani pembedahan, Dongsoo dapat melarikan diri dengan hanya tinggal satu matanya.

Dia kemudian mendapati bahawa dia masih boleh melihat dari matanya yang hilang, yang kini digunakan oleh pembunuh bersiri yang bertindak ganas dan menghantui penduduk di Seoul. Bertekad untuk mendapatkan kembali apa yang telah diambil, Dongsoo akan mengejar pembunuh itu, mengambil apa sahaja langkah yang perlu untuk memulihkan dirinya semula.

4. The Forbidden Marriage

  • Tarikh Tayangan: 9 Disember 2022
  • Penyiar: MBC
  • Barisan Pelakon: Kim Young Dae, Park Ju Hyun, Kim Woo Seok

Berdasarkan novel web dengan nama yang sama, “The Forbidden Marriage” dibintangi oleh Kim Young Dae sebagai Raja Yi Heon, yang sangat sedih dan putus asa selepas kematian isterinya (lakonan Kim Min Ju), sehingga dia akhirnya mengharamkan perkahwinan di kerajaannya. Tujuh tahun selepas kehilangan isterinya yang ketika itu adalah puteri mahkota, seorang penipu bernama So Rang (Park Ju Hyun) tiba-tiba muncul di hadapan raja dan mendakwa bahawa dia boleh dirasuk roh mendiang puteri.

5. Money Heist: Korea – Joint Economic Area 2

  • Tarikh Tayangan: 9 Disember 2022
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Yoo Ji Tae, Kim Yoon Jin, Park Hae Soo, Jeon Jong So, Lee Hyun Woo, Kim Ji Hoon

Berdasarkan siri Sepanyol yang terkenal “Money Heist,” “Money Heist: Korea – Joint Economic Area” mengikuti skuad perompak tanpa nama yang bergabung tenaga untuk rompakan berskala besar yang bercita-cita tinggi di Unified Korean Mint. Bahagian 1 siri ini disiarkan pada bulan Jun lalu.

Untuk bahagian ke-2, ia akan menceritakan tentang pendedahan pengkhianat yang tidak didedahkan, serangan balas daripada pasukan petugas bersama, serta campur tangan politik yang sanggup mengorbankan tebusan telah menimbulkan kekecohan di kalangan pasukan rompakan di United Korea Mint.

Semua mata tertumpu pada langkah Profesor seterusnya ketika dia bersiap untuk mendedahkan “pencuri sebenar” di tengah-tengah kekacauan dan mendedahkan rakan sejenayah yang tersembunyi selain watak ‘Seoul’ yang baru ditambah sekaligus menambahkan lagi warna dalam Money Heist: Korea – Joint Economic Area Part 2.

6. Alchemy of Souls 2

  • Tarikh Tayangan: 10 Disember 2022
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Lee Jae Wook, Goo Yoon Jung, Hwang Min Hyun, Shin Seung Ho, Arin, Oh Nara, Yoo Joon Sang

Ditulis oleh duo penulis skrip terkenal yang dikenali sebagai Hong Sisters, “Alchemy of Souls” ialah drama percintaan fantasi yang berlatarkan negara fiksyen Daeho, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau pada peta. Drama ini mengisahkan watak-watak yang nasibnya berubah akibat sihir yang menukar jiwa manusia.

Selepas Bahagian 1 drama itu mencuri hati penonton pada musim panas lalu, “Alchemy of Souls 2” akan mengambil latar waktu tiga tahun setelah peristiwa musim pertama.

7. Work Later, Drink Now 2

  • Tarikh Tayangan: 10 Disember 2022
  • Penyiar: Viu
  • Penyiar: tvN Asia Astro Ch 395 & Astro Go, unifi TV Ch 211, Setiap Sabtu, 9.15 PM
  • Barisan Pelakon: Choi Siwon, Jung Eun Ji, Lee Sun Bin, Han Sun Hwa, Yoon Shi Yoon

Berdasarkan webtoon, “Work Later, Drink Now” TVING ialah drama tentang tiga sahabat yang falsafah hidupnya berkisar tentang minum bersama selepas bekerja. Lee Sun Bin memainkan watak Ahn So Hee, penulis rancangan pelbagai, Han Sun Hwa memainkan peranan Han Ji Yeon, pengajar yoga, Jung Eun Ji Apink sebagai Kang Ji Goo, YouTuber origami, dan Choi Siwon Super Junior memainkan watak Kang Book Goo, PD rancangan pelbagai. Keempat-empat bintang itu akan mengulangi peranan mereka dalam musim baharu.

Sebelum ini, dalam “Work Later Drink Now” Musim 1, Yoon Shi Yoon membuat penampilan khas sebagai ‘Mr. Nice Paper’. Dalam drama itu dia bertemu dengan YouTuber origami Kang Ji Goo (Jung Eun Ji) pada Krismas 2021. Detik itu membuatkan penonton gementar. Jadi, musim yang akan datang akan drama ini menampilkan garis cinta yang berterusan antara pasangan itu.

8. Trolley

  • Tarikh Tayangan: 19 Disember 2022
  • Penyiar: SBS | Netflix
  • Barisan Pelakon: Kim Hyun Joo, Park Hee Soon

“Trolley” ialah drama percintaan misteri baharu tentang isteri ahli politik yang menghadapi dilema terbesar dalam hidupnya selepas rahsia yang disembunyikannya terbongkar tanpa diduga. Dibentangkan dengan pilihan yang sukar dan tiada jawapan yang tepat, watak-watak dalam “Trolley” akan dihanyutkan dalam badai kekeliruan dan konflik.

Kim Hyun Joo membawakan watak Kim Hye Joo, isteri kepada ahli Dewan Negara Nam Joong Do (Park Hee Soon). Kim Hye Joo mengusahakan kedai pemulihan buku, dan kerana dia ingin menjalani kehidupan yang tenang dan biasa, dia memilih untuk menjauhkan diri daripada pandangan umum walaupun menjadi isteri ahli politik. Bagaimanapun, dia akhirnya menghadapi krisis terbesar dalam hidupnya apabila, disebabkan insiden yang tidak dijangka, rahsia yang disembunyikannya sejak sekian lama terbongkar dan rumah tangganya menjadi retak.

9. Missing: The Other Side 2

  • Tarikh Tayangan: 20 Disember 2022
  • Penyiar: Viu
  • Penyiar: tvN Asia Astro Ch 395 & Astro Go, unifi TV Ch 211, Setiap Selasa & Rabu, 9.15 PM
  • Barisan Pelakon: Go Soo, Heo Joon Ho, Ahn So Hee, Heo Joon Ho, Ha Joon, Lee Jung Eun

Drama fantasi misteri “Missing: The Other Side” berlatarkan sebuah perkampungan yang didiami oleh jiwa orang yang hilang semasa mereka masih hidup. Di sana, sekumpulan orang mencari mayat yang hilang dan cuba mencari apa yang berlaku kepada setiap daripada mereka. Selepas dua tahun, “Missing: The Other Side” akan kembali untuk musim kedua.

Dalam musim 2, cerita ini akan menjadi lebih kaya dengan berlatar belakangkan sebuah perkampungan baharu yang dipanggil ‘Kompleks Industri 3.’

10. Big Bet

  • Tarikh Tayangan: 21 Disember 2022
  • Penyiar: Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Choi Min Sik, Sohn Seokgu, Lee Donghwi

Big Bet mengisahkan watak Cha Moosik, seorang lelaki yang berjuang dari awal dan melalui masa sukarnya untuk menjadi tuan kasino di Filipina.

Kisah Cha Moosik berterusan dan dia sekali lagi berhadapan dengan musibah apabila disiasat sebagai sebahagian daripada kes pembunuhan. Dengan keazaman untuk berjuang, dia sanggup mempertaruhkan segala-galanya termasuk nyawa untuk kembali ke zaman kejayaannya di dunia kasino.

11. The Interest of Love

  • Tarikh Tayangan: 21 Disember 2022
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Yoo Yeon Seok, Moon Ga Young, Geum Sae Rok, Jung Ga Ram

“The Interest of Love” adalah sebuah drama romantik yang berdasarkan novel dengan tajuk yang sama karya Lee Hyuk Jin.

Drama ini mengisahkan tentang empat individu yang berbeza personaliti bertemu antara satu sama lain di KCU Bank cawangan Yeongpo sebagai rakan sekerja. Mereka mempunyai kisah cinta yang realistik mengikut pemikiran masing-masing. Mereka mempunyai pandangan dan pengalaman yang berbeza tentang cinta. Namun, setelah mereka berkenalan, mula memahami erti cinta yang sebenar.

12. The Fabulous

 

  • Tarikh Tayangan: 23 Disember 2022
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Chae Soo Bin, Choi Min Ho, Lee Sang Woon, Park Hee Jung, dan Kim Min Kyu

Siri Netflix akan datang “The Fabulous” akan menemui peminat global pada 4 November dengan membawakan kisah impian, cinta dan persahabatan rakan-rakan yang berdedikasi untuk industri fesyen. Ia akan menggambarkan perjuangan mereka untuk terus hidup dalam dunia fesyen yang berdaya saing dan kehidupan harian mereka yang rancak dan bersemangat dalam industri paling trend di negara ini.

Chae Soo Bin akan memainkan peranan sebagai Pyo Ji Eun, pengurus sebuah agensi PR untuk jenama mewah. Sebagai seorang yang sukakan perkara-perkara cantik sejak kecil, dia berjuang untuk terus hidup dalam industri fesyen yang dia rindukan untuk menjadi sebahagian daripadanya sepanjang hidupnya.

Minho pula akan menjadi pengubah foto bebas Ji Woo Min yang mempunyai segala-galanya dari rupa hingga kebolehan. Satu perkara yang kurang adalah semangat, dan dia bukanlah jenis yang suka terikat dengan kerja atau cinta. Dengan Pyo Ji Eun, dia berjaya mengekalkan hubungan yang bermula dari persahabatan dan berubah menjadi percintaan.

13. Island

  • Tarikh Tayangan: 30 Disember 2022
  • Penyiar: TVING
  • Barisan Pelakon: Kim Nam Gil, Lee Da Hee, Cha Eun Woo, Sung Joon

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Island” ialah drama eksorsisme/ritual fantasi yang berlaku di Pulau Jeju. Ia menggambarkan perjalanan sedih dan pelik watak-watak yang ditakdirkan untuk melawan kejahatan yang cuba memusnahkan dunia. Siri ini juga akan menyentuh tentang lagenda dan cerita rakyat destinasi pelancongan terkenal, di mana penonton boleh menikmati keindahan alam semula jadinya.

Pan (Kim Nam Gil), watak tragis yang berhadapan dengan kejahatan sebagai persediaan menghadapi akhir dunia tetapi tidak dapat bersama dengan manusia. Won Mi Ho (Lee Da Hee) seorang chaebol generasi ketiga dan seorang guru. Tanpa menyedari nasibnya, Won Mi Ho tanpa rela memulakan tempoh muhasabah diri di Pulau Jeju.

Cha Eun Woo akan berubah menjadi pengusir setan dan paderi Katolik bernama John yang mempunyai panggilan mulia untuk melindungi nyawa dan membersihkan kejahatan. Walau bagaimanapun, dia juga seorang tokoh yang menyimpan masa lalu yang mengerikan dan gelap. Sung Joon akan memegang watak Goong Tan, yang dibesarkan untuk membanteras kejahatan bersama Pan. Walau bagaimanapun, selepas satu peristiwa , Goong Tan mula menentang Pan, menambah kelainan dan ketegangan serta plot twist pada cerita itu.

14. The Glory

  • Tarikh Tayangan: 30 Disember 2022
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Song Hye Kyo, Lee Do Hyun, Lim Ji Yeon, Yoon Hye Ran

“The Glory” ialah sebuah drama bersiri yang membawakan kisah balas dendam yang menyedihkan. Mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah yang bercita-cita menjadi seorang arkitek, bernama Moon Dong Eun. Bagaimanapun, Moon Dong Eun terpaksa berhenti sekolah selepas mengalami keganasan kejam di sekolahnya.

Bertahun-tahun kemudian, pembuli itu berkahwin dan mempunyai anak. Anak si pelaku memasuki sekolah rendah di mana Moon Dong Eun adalah guru kelasnya.

Selepas menunggu selama bertahun-tahun, Moon Dong Eun akhirnya mempunyai peluang untuk membalas dendam. Jadi dia memulakan rancangan membalas dendam terhadap pembuli zaman kanak-kanak yang merosakkan hidupnya.

15. Red Balloon

  • Tarikh Tayangan: 18 Disember 2022
  • Penyiar: Viu
  • Barisan Pelakon: Seo Ji Hye, Lee Sung Jae, Hong Soo Hyun, Lee Sang Woo

“Red Ballon” yang merupakan drama hujung minggu akan menceritakan kisah empat individu yang cuba memuaskan keinginan mereka dan menyembuhkan kesakitan mereka. Perjuangan watak-watak untuk mencapai cita-cita yang tidak berkesudahan akan ditonjolkan dalam drama mendebarkan ini. Drama ini bukan sahaja memaparkan kisah-kisah menarik, malah memberikan pengajaran hidup.

Jo Eun Gang (Seo Ji Hye) ingin menjadi guru sekolah, tetapi dia gagal dalam peperiksaan mengajar. Dia kini bekerja sebagai tutor swasta. Dia adalah orang yang akan melakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang diinginkannya. Ji Nam Cheol (Lee Sung Jae) berasal dari keluarga miskin, tetapi dia berkahwin dengan wanita dari keluarga kaya. Dia menjalankan perniagaan yang sebenarnya dimiliki oleh bapa mertuanya, tetapi dia tidak mempunyai kuasa.

Han Ba Da (Hong Soo Hyun) ialah seorang wanita yang sudah berkahwin. Dia bekerja sebagai pereka barang kemas. Ibu bapanya muflis dan dia hampir berputus asa dengan perkahwinannya, tetapi tunangnya memujuknya untuk berkahwin dengannya. Hidupnya tidak mudah kerana ibu mertuanya.

Go Cha Won (Lee Sang Woo) bekerja sebagai pakar dermatologi. Dia menjadi doktor seperti yang diharapkan oleh ibu bapanya dan berkahwin dengan Han Ba Da. Dia tidak menyukai pekerjaannya dan dia tahu isterinya mengalami kesukaran kerana ibunya, tetapi dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Abang iparnya ialah Ji Nam Cheol.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...