Sah, BTS akan serbu pentas final ‘The Voice’ Rabu ini!

BTS telah mengesahkan kehadiran mereka di pentas final rancangan realiti tv Amerika Syarikat. ‘The Voice’ semalam. Pengesahan itu dimuatnaik oleh twitter rasmi ‘The Voice’ memaparkan video BTS di hadapan papan yang terteranya tulisan ‘The Voice’.

Mereka dijadualkan akan mengadakan persembahan lagu ‘Boy With Luv’ pada episod terakhir ‘The Voice’ yang bersiaran pada 21 Mei 2019 dalam perancangan sebulan berada di negara Amerika Syarikat itu sambil memenuhi tuntutan persembahan di konsert jelajah Speak Yourself : Love Yourself. BTS akan disusuli dengan persembahan oleh band Amerika paling terkenal tahun 2019 ini, The Jonas Brothers dan juga penyanyi solo Taylor Swift.

Penonton Malaysia pula boleh mengecapi persembahan ini disiarkan secara langsung pada hari Rabu, 22 Mei 2019 jam 9.00 pagi masa tempatan di FOXLife (Astro 711, Astro 722 & Unifi TV 455).

Sumber: Billboard , Twitter Rasmi The Voice

loading...