“The King’s Affection” jadi K-Drama pertama bawa pulang anugerah di International Emmys Awards

Ianya sesuatu yang mengujakan dan luar biasa apabila drama “The King’s Affection” telah memenangi anugerah di 50th International Emmys!

Majlis anugerah ini telah berlangsung di New York pada 21 November dan “The King’s Affection” telah memenangi Telenovela Terbaik, menewaskan calon lain termasuk “Nos Tempos do Imperador” dari Brazil, “Two Lives” dari Sepanyol, dan ” You Are My Hero” dari China.

“The King’s Affection,” yang dibintangi oleh Park Eun Bin dan Rowoon SF9, ialah mengenai kisah yang berlaku semasa Dinasti Joseon apabila melahirkan anak kembar dianggap sebagai tanda yang tidak menyenangkan. Apabila Permaisuri Mahkota melahirkan anak kembar, anak perempuannya telah dihantar pergi. Dia hanya mampu kembali dengan berpakaian lelaki untuk menjadi Putera Mahkota selepas adik kembarnya meninggal dunia. Drama ini mendapat pujian kerana emosi mendalam yang disampaikan kepada penonton di seluruh dunia.

Drama dan pelakonnya juga telah mendapat banyak perhatian dan telah dinobat sebagai pemenang menerusi pelbagai anugerah seperti  International Competition Award at the 17th Seoul Drama Awards dan Anugerah Pelakon Terbaik di 49th Korea Broadcasting Awards..

Lee Geon Joon, selaku ketua Pusat Drama KBS, mengulas, “Saya sangat gembira kerana ‘The King’s Affection’ memenangi International Emmy pertama sebagai drama Korea, dan ia adalah satu keseronokan kerana potensi drama Korea secara keseluruhannya mendapat pengiktirafan.” Dia menambah, “Saya rasa tanggungjawab yang besar pada masa ini apabila kandungan-Korea menerima begitu banyak cinta di seluruh dunia. Kami akan melakukan yang terbaik supaya drama KBS dapat memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan potensi kandungan [hiburan] Korea.”

Tahniah kepada pelakon dan krew “The King’s Affection” atas kemenangan mereka! Drama ini boleh ditonton menerusi platform Netflix.

Sumber : 1

loading...