Buka akaun Instagram baru tanpa kawalan agensi, OMEGA X akhirnya bersuara tentang isu panas mereka

Ahli OMEGA X telah berkongsi kenyataan kumpulan selepas melancarkan akaun Instagram baharu yang bukan di bawah kawalan agensi mereka.

Bulan lalu, salah seorang peminat OMEGA X melaporkan di Twitter bahawa mereka telah melihat Ketua Pegawai Eksekutif agensi kumpulan itu, SPIRE Entertainment, memukul ahli kumpulan selepas konsert mereka di Los Angeles. Peminat itu juga menyiarkan rakaman audio CEO yang menjerit kepada kumpulan itu.

Apabila laporan peminat tersebut berjaya menarik perhatian dalam talian, peminat yang lain mula tampil ke hadapan dengan akaun mereka sendiri tentang tingkah laku ganas CEO, dengan beberapa menyatakan bahawa cerita yang sama telah pun viral tentang seorang wanita yang mendera ahli kumpulan itu secara lisan di Chile.

SPIRE Entertainment pada mulanya mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa OMEGA X dan agensi itu telah “menyelesaikan semua salah faham mereka,” dan Ketua Pegawai Eksekutif itu juga menafikan bahawa sebarang penyalahgunaan telah berlaku dalam panggilan telefon dengan SBS News. Bagaimanapun, dalam laporan yang sama, SBS News menyiarkan rakaman video mengenai insiden Los Angeles yang dirakam dalam rakaman audio peminat pemberi maklumat (whistleblower), yang jelas kelihatan bertentangan dengan dakwaan CEO itu.

Berikutan kontroversi yang semakin panas, SPIRE Entertainment membatalkan penerbangan CEO dan semua ahli OMEGA X untuk pulang ke Korea, menyebabkan ramai peminat bimbang tentang keselamatan idola tersebut.  Bagaimanapun, ahli OMEGA X akhirnya dapat kembali ke negara itu selepas membayar tiket penerbangan baharu dengan  menggunakan dana peribadi mereka sendiri.

Pada 6 November, OMEGA X akhirnya memecah kesunyian mereka untuk bercakap secara peribadi mengenai situasi tersebut dengan agensi mereka. Selepas membuka akaun Instagram baharu yang mana ia tidak terikat di bawah pemantauan SPIRE Entertainment, 11 ahli kumpulan itu menyiarkan kenyataan bersama di mana mereka mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka dan menyentuh rancangan mereka untuk masa depan.

OMEGA X – kumpulan projek yang terdiri sepenuhnya daripada idola yang telah debut dalam kumpulan lain (kebanyakan telah dibubarkan) -juga mendedahkan sebab mereka mengambil sedikit masa untuk bersuara. Menurut idola itu, mereka perlu berhati-hati kerana sebelum ini mereka telah menandatangani perjanjian “di bawah tekanan” yang menyatakan bahawa mereka perlu mengambil “tanggungjawab undang-undang sivil dan jenayah” jika mereka menyiarkan sebarangan kenyataaan di media sosial tanpa kebenaran agensi mereka.

Kenyataan penuh ahli OMEGA X adalah seperti berikut:

Hello.

Kami menciptakan ruang kecil ini untuk komunikasi kerana kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyayangi kami dan meraka yang menyokong kami, dan kami juga ingin memaklumkan secara langsung situasi semasa dengan mulut kami sendiri, sebagai pihak yang terlibat dalam insiden ini.

Di bawah tekanan daripada SPIRE Entertainment, kami—ahli [OMEGA X]—sebelum ini telah menandatangani perjanjian bahawa “jika kami memuat naik sebarang siaran ke media sosial tanpa berunding dengan syarikat, kami perlu mengambil tanggungjawab undang-undang sivil dan jenayah.” Oleh itu, kami meminta pemahaman anda tentang fakta ini bahawa walaupun kami ingin menyambung semula komunikasi dengan peminat kami secepat mungkin, kami perlu berhati-hati sehingga kami mengetahui kedudukan sebenar kami di Spire Entertainment.

Walaupun ada masa yang gembira selepas kami memulakan aktiviti berkumpulan bersama-sama, kami juga terpaksa mengharungi masa yang menyakitkan juga. Selain itu, apabila penderitaan kami diketahui dunia baru-baru ini, kami bimbang semua yang kami capai sehingga kini akan hilang dan menjadi asap. Walau bagaimanapun, kami kini telah memutuskan untuk meletakkan ketakutan kami di belakang kami dan mengumpulkan keberanian bersama.

Kumpulan ini adalah peluang kedua untuk sebelas ahli kami, yang berkumpul bersama-sama selepas bangkit dari keputusasaan yang sukar dan enggan menyerah pada impian kami.

Satu-satunya perkara yang memberi kami kekuatan untuk tidak berputus asa dengan impian dan untuk menyahut cabaran baharu ialah peminat yang menunggu kami, percaya kepada kami, dan menyokong kami. Terima kasih kepada peminat kerana anda kami dapat bertahan selama dua tahun ini.

Ada masanya kami menerima layanan yang tidak wajar daripada agensi yang membuatkan kami mahu menangis. Tetapi satu-satunya sumber kekuatan kami yang membolehkan kami menahan semuanya ialah mengingati sorakan peminat dan membaca mesej sokongan mereka berulang kali semasa kami cuba untuk tidur.

Seperti yang kami ada sehingga kini, kami merancang untuk terus mengejar impian kami sehingga ke akhirnya. Kami akan berdiri di hadapan peminat kami sekali lagi dengan muzik dan persembahan yang bagus. Sebelas ahli kami, yang semuanya mempunyai matlamat yang sama, dan peminat kami, yang berkongsi impian kami, adalah perkara yang paling berharga di dunia dan kami tidak mahu kehilangan mereka lagi.

Memandangkan ramai orang bimbang dan menunggu kami, kami memohon maaf atas kelewatan dalam menyediakan kemas kini ini. Terima kasih kerana membaca perasaan ikhlas kami, yang kami kumpulkan keberanian untuk berkongsi, sehingga ke akhirnya.

Terima kasih.

Yang benar, OX [OMEGA X]

Anda boleh mengikuti OMEGA X pada akaun Instagram baharu mereka di sini.

Sumber : 1