Lee Jong Suk dalang pemasang bom dan cuba mengancam Kim Rae Won dalam “Decibel”

“Decibel” adalah sebuah filem aksi thriller yang mengisahkan seorang bekas kapten Tentera Laut (Kim Rae-won) menjejaki pengganas (Lee Jong-suk) yang mengancam untuk meletupkan bom yang bertindak balas kepada bunyi bising dalam suasana yang sesak.

Bom masa berdetik lebih pantas apabila paras hingar melebihi 100 desibel, menimbulkan risiko yang lebih besar di tempat seperti stadium bola sepak, taman air dan taman permainan.

Kim Rae Won memainkan watak bekas komander Tentera Laut yang menjadi sasaran ancaman pengganas, manakala Lee Jong Suk memainkan watak kapten Tentera Laut yang sangat setia kepada kru kapal selamnya. Namun tiba-tiba watak Lee Jong Suk menunjukkan bahawa dia adalah dalang disebalik orang yang memasang bom itu.

Foto-foto yang baharu diriliskan itu penuh dengan ketegangan dan konflik. Daripada hanya ekspresi watak-watak, seseorang boleh membuat tekaan yang cukup baik tentang betapa besarnya masalah yang dihadapi oleh watak-watak ini.

Foto pertama menunjukkan Kim Rae Won menjawab telefon dengan ekspresi yang gementar apabila dia mendapat tahu bahawa dia adalah sasaran serangan pengganas ini. Kemudian, tdapat dilihat Lee Jong Suk memegang rahsia pengeboman bandar yang bakal berlaku. Dia memakai jaket kalis peluru dan memegang peledak, menimbulkan rasa ingin tahu penonton.

Dari sisi wartawan khas, yang dilakonkan oleh Jung Sang Hoon, menimbulkan perasaan bimbang ketika dia menemani Kim Rae Won mengelilingi bandar ketika ketegangan semakin meningkat akibat serangan pengganas yang akan berlaku. Kedua-dua watak dan penonton tidak dapat mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya, dengan setiap gerakan mereka menanggung risiko yang terlalu besar.

Selain itu, Park Byung Eun, sebagai anggota Komando Sokongan Keselamatan Pertahanan, memerhati adegan itu dengan mata yang tajam dan sikap yang tenang. Selain itu, Cha Eun Woo ASTRO, seorang pegawai Tentera Laut yang tidak bertauliah, penuh dengan penantian dan kegelisahan apabila aksi itu berlangsung, mencipta pelbagai watak dan personaliti dalam barisan plot yang penuh aksi sekaligus meningkatkan rasa ingin tahu dikalangan penonton.

Filem ini diarahkan oleh Hwang In Ho (“Spellbound,” “Monster”). Walaupun serangan pengganas itu dipentaskan di tengah-tengah bandar, filem ini memberikan putaran baru pada genre dengan memperkenalkan pakar dalam bidang kapal selam, perintah serta arahan tentera laut dan bom kimia.

“Decibel” akan ditayangan dipawangan pada 16 November depan.

Sumber : 1

loading...