LIGHTSUM kini dengan 6 ahli selepas Huiyeon dan Jian tinggalkan kumpulan

LIGHTSUM kini akan mempromosikan sebagai kumpulan 6 ahli selepas dua ahlinyameninggalkan kumpulan itu.

Pada 25 Oktober, Cube Entertainment membuat pengumuman seperti di bawah mendedahkan Huiyeon dan Jian secara rasmi menarik diri daripada LIGHTSUM. Label itu menyatakan, “Selepas perbincangan yang teliti, kami telah memutuskan untuk menyusun semula LIGHTSUM sebagai kumpulan dengan 6 ahli (Sangah, Chowon, Nayoung, Hina, Juhyeon, Yujeong) untuk promosi masa depan mereka, dan kami akan memberikan sokongan tanpa had dan usaha terbaik kami untuk LIGHTSUM meneruskan muzik mereka.”

Lihat kenyataan Cube Entertainment di bawah, dan nantikan kemas kini tentang LIGHTSUM.

Huiyeon dan Jian

LIGHTSUM mula debut dengan 8 ahli pada Jun 2021 menerusi single “Vanilla” dan telah mengeluarkan album mini pertama bertajuk “Into the Light” pada Mei 2022.

Selamat maju jaya buat Huiyeon dan Jian.

loading...