Apabila nasib menyebelahi seorang pelajar sekolah menengah yang kurang bernasib baik dengan janji untuk memberikannya kehidupan yang lebih baik dan dipenuhi dengan kekayaan sebagai tukaran untuk satu pengorbanan kecil, hidupnya akan tunggang terbalik apabila semua yang dia inginkan dan banyak lagi menjadi kenyataan. Itulah yang cuba disampaikan dalam drama The Golden Spoon; satu lagi K-drama yang akan ditayangkan di Disney+ Hotstar mulai 23 September ini.
Mereka mengatakan bahawa tiada apa dalam hidup yang datang secara percuma, tetapi apabila Lee Seungcheon yang sedang bergelut ditawarkan kehidupan baru yang penuh dengan kekayaan dan kemewahan sebagai ‘tukaran’ untuk pembelian satu sudu emas yang mampu dimiliki, dia akan segera mendapati bahawa sebenarnya ianya bukanlah harga kecil yang perlu dibayar. Dikenali sebagai dirt spoon oleh sesiapa yang mengenali dirinya, Seungcheon dan beberapa yang lain akan mengalami perubahan sepenuhnya dalam cara yang tidak dijangka sama sekali dalam drama The Golden Spoon, siri Korea terbaharu yang diumumkan sebagai sebahagian daripada katalog kandungan APAC tempatan yang tersedia di Disney+ Hotstar.
Dibintangi Yook Sungjae (Mystic Pop-up Bar, Guardian: The Lonely and Great God) sebagai Lee Seungcheon, seorang budak lelaki yang dilahirkan dalam kesusahan yang ditawarkan kehidupan baru dengan pembelian sudu emas, Lee Jongwon (Hospital Playlist 2, The Spies Who Loved Me) sebagai Hwang Taeyong, anak kepada seorang ketua konglomerat yang kaya, Jung Chaeyeon (The King’s Affection, My First First Love) sebagai Na Juhee, seorang wanita dari keluarga kaya yang mengimpikan kehidupan normal dan Yeonwoo (Dali and Cocky Prince, Cheat On Me If You Can) sebagai Oh Yeojin, seorang gadis yang mempunyai cita-cita yang tiada tandingan, The Golden Spoon ditulis oleh Yoon Eunkyung (The Prime Minister and I) dan Kim Eunhee (The Prime Minister and I, Night After Night) serta diarahkan oleh Robin Song (Another Miss Oh, Beauty Inside, The King’s Affection) dan Lee Han Jun.
Peminat juga boleh menantikan tayangan perdana THE ZONE: Survival Mission pada 8 September, sebuah rancangan komedi Korea yang dibintangi oleh Yu Jaeseok, Lee Kwangsoo dan Kwon Yuri dalam pelbagai situasi yang tidak dijangka. Penonton juga boleh menikmati pelbagai rancangan Korea pada masa ini termasuk: Big Mouth, mengisahkan tentang seorang peguam yang tidak cekap yang dipenjarakan secara palsu dan dituduh sebagai penipu paling terkenal di negara Korea; Grid, sebuah siri misteri-thriller tentang seseorang yang dahulu pernah menyelamatkan manusia dan kini dikenalpasti sebagai rakan sejenayah kepada seorang pembunuh; Link: Eat, Love, Kill yang mengisahkan seorang chef terkenal dunia yang tiba-tiba menangis di hadapan pelanggannya dan terpaksa melihat semula masa lalunya yang traumatik dan kehilangan misteri kakaknya; Soundtrack #1, yang menceritakan cinta yang tidak terbalas di antara dua kawan rapat; dan Rookie Cops; drama percintaan kampus yang mengikuti kehidupan sekumpulan pelajar baru di Akademi Polis Kebangsaan Korea.
Tidak ketinggalan drama sensasi Snowdrop yang dibintangi Jisoo BLACKPINK, yang membawakan kisah tragis seorang mahasiswi yang bertentangan dengan keluarga dan negaranya untuk menyelamatkan lelaki yang dia cintai
Drama The Golden Spoon boleh ditonton di Disney+ Hotstar mulai 23 September 2022.
Jadi, jangan lupa untuk melanggan Disney+ Hotstar untuk mendapatkan drama-drama Korea yang terbaik. Memang tak rugi sebab korang boleh strim drama kegemaran korang sama waktu dengan tayangan di Korea!