“THE ZONE: Survival Mission” di bawakan istimewa kepada anda sempena Disney+ Hotstar Day 2022

Rancangan pelbagai Korea Selatan “THE ZONE: Survival Mission” akan tiba di Disney+ Hotstar pada 8 September depan sempena meraikan perayaan istimewa platform tersebut.  Jadi, anda hanya perlu duduk berehat dan mulakan hujung minggu anda dengan menonton “THE ZONE: Survival Mission” yang dibintangi oleh Yu Jaeseok, Lee Kwangsoo, dan Kwon Yuri Girls’ Generation.

Terbahagi kepada lapan episod yang penuh kelakar, “THE ZONE: Survival Mission” dibimbing oleh tiga hos dengan watak berbeza, yang mewakili ciri kebanyakan orang apabila mereka terpaksa menghadapi lapan situasi yang tidak dijangka. Mereka dicabar untuk bertahan selama empat jam untuk menyelesaikan setiap misi.

Ketiga-tiga mereka perlu berhadapan dengan zombi, lopak gam yang sangat melekit, teka-teki dan situasi lain yang tidak dijangka. Keterujaan Jaeseok, Kwangsoo, dan Yuri serta aksi lucu mereka apabila terpaksa bekerjasama dan mencari penyelesaian kepada situasi yang mereka hadapi pastinya akan menjadi hiburan istimewa buat penonton.

Diterbitkan oleh Studio Gaon dan diarahkan oleh Cho Hyo Jin dan Kim Dong Jin, “THE ZONE: Survival Mission” ialah rancangan K-variety dengan format baharu yang memerlukan hos bergantung antara satu sama lain tanpa campur tangan atau bantuan luar.

Jom tonton teaser “THE ZONE: Survival Mission”

Jangan lupa untuk strim “THE ZONE: Survival Mission” pada hari Disney+ Hotstar ini – 8 September – hanya di Disney+ Hotstar.

loading...