Jun Ji Hyun, Seo Ji Hye, Kim So Hyun & Yoon Ji On tandatangan kontrak eksklusif dengan Yieum Hashtag

Pada 10 Ogos, label pengurusan Yieum Hashtag telah mengesahkan bahawa pelakon Jun Ji Hyun, Seo Ji Hye, Kim So Hyun dan Yoon Ji On telah menandatangani kontrak eksklusif dengan label berkenaan.

Yieum Hashtag sebelum ini ditubuhkan pada 2020 sebagai anak syarikat Studio Dragon CJ ENM, diketuai oleh presiden Kim Seon Jung dari Culture Depot dengan Jun Ji Hyun turut disenaraikan sebagai pengarah lembaga. Kini, nampaknya Kim Seon Jung secara rasminya telah beralih dari Culture Depot ke Yieum Hashtag, membawa bersama artis utama seperti Jun Ji Hyun, Seo Ji Hye dari ‘Adamas’, Kim So Hyun dari ‘Love Alarm’ dan Yoon Ji On dari ‘Tomorrow ‘.

Wakil daripada Yieum Hashtag berkata, “Atas dasar persahabatan serta kepercayaan, Kim Seon Jung telah lama bersama dengan Jun Ji Hyun dan tiga yang lain juga telah lama bersama pelakon itu. Sebagai rakan sekerja yang kuat dan penyokong pelakon Jun Ji Hyun, Seo Ji Hye, Kim So Hyun, dan Yoon Ji On, Ketua Pegawai Eksekutif Kim Seon-jeong akan melakukan yang terbaik supaya mereka boleh berkomunikasi dengan lebih meluas dengan orang ramai.”

Dalam pada itu, Yieum Hashtag terus kekal sebagai anak syarikat Studio Dragon.

 

loading...