Album paling laris terjual pada hari pertama, NewJeans pecah rekod debut ‘girl group’ yang lain

Kumpulan gadis terbaharu HYBE, NewJeans sudah pun mencipta sejarah K-pop dengan EP sulung mereka!

Pada 8 Ogos, NewJeans—kumpulan gadis baru yang dilancarkan oleh sub-label HYBE ADOR milik Min Hee Jin—mengeluarkan EP debut mereka versi fizikal berjudul nama mereka sendiri, yang pertama kali dikeluarkan dalam talian minggu lepas.

Menurut Carta Hanteo, “NewJeans” telah terjual sebanyak 262,815 salinan pada hari pertama jualannya sekaligus mencatat rekod baharu untuk jualan hari pertama tertinggi bagi mana-mana album sulung kumpulan gadis dalam sejarah Hanteo. NewJeans juga merupakan satu-satunya kumpulan gadis yang pernah melepasi 200,000 jualan dengan album sulung mereka pada hari pertama pelancarannya.

“NewJeans” bukan sahaja membuat permulaan yang kukuh dari segi jualan album fizikal, malah lagu-lagunya juga telah menunjukkan prestasi yang baik di pelbagai carta muzik dalam talian. Pada minggu sebelum keluaran fizikal EP, lagu pertama NewJeans “Attention” dan “Hype Boy” menyapu bersih kedudukan No. 1 dan No. 2 dalam carta harian Spotify Korea selama tujuh hari berturut-turut.

Tahniah kepada NewJeans atas rekod baharu mereka!

loading...