Konsert global BTS di Busan Oktober depan, dilaporkan akan diadakan secara percuma

BTS, yang baru-baru ini diumumkan sebagai duta untuk Ekspo Dunia 2030 Busan, dilaporkan akan mengadakan konsert global di Busan secara percuma.

Menurut satu saluran media eksklusif, BTS akan membuat persembahan di Busan pada Oktober ini sebagai medium untuk  memaklumkan dunia akan pelantikan baharu mereka sebagai duta Ekspo Global Busan. Dijangka konsert BTS di Busan akan menarik kira-kira 100,000 peminat, dan akan menjadi acara terbesar yang pernah diadakan di Busan.

Dalam pada itu, HYBE Labels dilaporkan bersetuju untuk mengadakan konsert itu secara percuma dan kini sedang mempertimbangkan tiga tempat konsert berbeza, termasuk Stadium Utama Asiad Busan, Taman Ekologi Samnak dan Pelabuhan Bukhang. Konsert BTS di Busan akan menandakan persembahan pertama mereka di Korea Selatan sejak konsert ‘Permission To Dance On Stage’ mereka, yang diadakan di Seoul pada Mac 2022. Pada masa ini tidak diketahui bagaimana dan di mana sekitar Busan yang akan menjadi lokasi konsert BTS. Maklumat lanjut mengenai perjalanan konsert, tempahan tiket dan lokasi konsert akan diumumkan apabila tarikh konsert semakin hampir.

Sumber : Allkpop

loading...