Ini dia barisan pertama idol yang akan sertai “2022 Idol Star Athletics Championships”

Sebahagian daripada barisan untuk MBC “2022 Idol Star Athletics Championships” (ISAC) telah diumumkan!

Pada musim luruh ini, acara khas MBC “Idol Star Athletics Championships” akan kembali disiarkan buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun, setelah terkandas berikutan pandemik COVID-19.

Jun Hyun Moo, Dahyun TWICE, dan Lee Hong Ki FTISLAND sebelum ini diumumkan sebagai MC utama tahun ini, dan lima kategori acara utama telah disahkan seperti trek dan padang, memanah, sukan tarian (dance sports), futsal dan e-Sports.

Sukan tarian ialah kategori baharu yang ditambahkan pada “ISAC” tahun ini. Selain MC utama Lee Hong Ki, penari Aiki dan bekas atlet sukan tarian Park Ji Eun akan menjadi tuan rumah bagi kategori tersebut. Atlet yang mempunyai nama besar dalam bidang masing-masing juga akan menyertai program tersebut sebagai pengulas dan ahli jawatankuasa penilai.

Dengan penggambaran yang akan datang pada 30 Julai dan 1 Ogos, ramai idol telah mengesahkan melalui kelab peminat mereka bahawa mereka akan menghadiri acara khas Chuseok (Kesyukuran Korea) tahun ini.

Beberapa idola yang mengesahkan akan hadir termasuk ahli NCT, Stray Kids, ATEEZ, IVE, NMIXX, EVERGLOW, Kep1er, Brave Girls, Weekly, ONEUS, VERIVERY, Billlie, DKZ, WOODZ (Cho Seung Youn), Ha Sung Woon, Kwon Eun Bi, Choi Ye Na, WEi, Xdinary Heroes, Kim Jae Hwan, Jo Yu Ri, MCND, DRIPPIN, PURPLE KISS, TEMPEST, ALICE, TNX, CLASS:y, KINGDOM, TAN, Rocket Punch, TRI. BE, Jeong Sewoon, DKB, YOUNITE, ATBO, ICHILLIN’ dan H1-KEY.

Untuk maklumat rakaman pada 30 Julai akan berlangsung di Dewan Terbuka MBC di Sangam, manakala penggambaran 1 Ogos akan berlangsung di Gimnasium Goyang. “2022 Idol Star Athletics Championships” akan disiarkan semasa cuti Chuseok pada bulan September.

Adakah anda teruja untuk kembalinya ISAC?

Sumber : topstarnews

loading...