ENHYPEN dan WINNER dominasi carta iTunes dengan album terbaru masing-masing

Nampaknya kedua-dua kumpulan ini bermula dengan baik selepas album masing-masing rilis selang sehari. Pendek kata, laku keraslah ENHYPEN dan WINNER sebab masing-masing ada kehebatan dan penggemar tersendiri.

ENHYPEN muncul dengan mini album terbaru mereka iaitu “MANIFESTO : DAY 1” dengan title track berjudul “Future Perfect (Pass the MIC).” Album ini telah diriliskan pada 4 Julai. Selepas jam 6PM KST, yakni sejurus ia dirilis, album mini itu mendapat tempat teratas dalam carta iTunes di pelbagai negara di seluruh dunia.

Setakat 10 pagi KST pada 5 Julai, “MANIFESTO : DAY 1” telah meletakkan album itu di No. 1 di carta Album Teratas iTunes di sekurang-kurangnya 17 wilayah berbeza, termasuk Jepun, Indonesia, Brazil, Thailand, India, Chile, Mexico, Austria, Emiriah Arab Bersatu, dan Filipina.

 

Sementara itu, “Future Perfect (Pass the MIC)” turut mengungguli carta masa nyata Line Music Jepun pada 4 Julai jam 7 malam KST—hanya satu jam selepas ia dikeluarkan. Setakat 6 Julai, waktu tempatan muzik video “Future Perfect (Pass the MIC)” telah mendapat tontonan sebanyak 7.8 juta.

Dalam pada itu, menurut Carta Hanteo pada 5 Julai, ENHYPEN merekodkan 768,603 salinan terjual pada hari pertama jualan mereka. Ini mengatasi album penuh pertama kumpulan tersebut “DIMENSION : DILEMA” sebagai rekod jualan hari pertama terbaik peribadi baharu mereka. “DIMENSION : DILEMA” terjual lebih 501,000 naskhah pada hari pertama dan sejak itu telah menjadi million-seller album.

Nampaknya, kali ini ENHYPEN tampil dengan sesuatu yang luar biasa, lebih energetic dan lebih matang.

Akhirnya penantian peminat kumpulan WINNER menjadi kenyataan. WINNER kembali dengan album baru selepas dua tahun dan percaturan mereka kali ini benar-benar mendapat perhatian ramai.

Pada 5 Julai jam 6 petang KST, WINNER kembali dengan album mini baharu mereka “HOLIDAY” bersama-sama dengan video muzik untuk lagu utama “I LOVE U.”

Tidak lama selepas itu, “HOLIDAY” mengungguli carta Album iTunes seluruh dunia di 18 wilayah. Ia bukan sahaja menerima perasaan cinta dan sokongan di Asia, tetapi ia juga mendapat kedudukan tinggi di Amerika Utara dan Amerika Selatan.

“HOLIDAY” menunjukkan hasil yang mengagumkan pada carta domestik juga. Title track mereka “I LOVE YOU” menduduki tangga No. 1 pada carta Bugs sebaik sahaja ia dikeluarkan dan juga dengan pantas mengungguli Melon, Naver Vibe, Genie dan banyak lagi. Lagu “10 MIN,” “HOLIDAY,” “Sweet Home,” “FAMILY” dan “Little Finger” juga turut mendapat perhatian pendengar.

Korang juga boleh stream album terbaru WINNER menerusi SPOTIFY

Tahniah, WINNER!

Sumber : 1, 2, 3