Lee Tae Hwan umum akan daftar masuk khidmat tentera 27 Jun ini

Lee Tae Hwan kini sedang bersiap sedia untuk memulakan perkhidmatan ketenteraan wajibnya.

Pada 21 Jun, agensi Lee Tae Hwan, Man of Creation berkongsi kenyataan berikut:

Hello. Man of Creation di sini.

Pelakon Lee Tae Hwan akan mendaftar sebagai askar bertugas aktif pada 27 Jun ini.

Kami harap anda faham kerana kami tidak akan mendedahkan butir lanjut mengenai lokasi dan masa pendaftaran untuk tujuan keselamatan dan beberapa sebab tertentu.

Lee Tae Hwan akan kembali dalam keadaan sihat selepas menyelesaikan tugas ketenteraannya dengan baik, jadi sila berikan sokongan anda tanpa henti.

Terima kasih.

Antara lakonan terbaru Lee Tae Hwan adalah menerusi drama JTBC “Thirty-Nine” JTBC dan KBS2 “Royal Secret Agent”. Selain itu, dia juga pernah membintangi drama “What’s Wrong With Secretary Kim”, “W-The Two World Apart”, “My Golden Life”, dan juga “Come Back Mister”. Jadi anda boleh menonton sekiranyanya anda belum lagi berbuat demikian.

Semoga Lee Tae Hwan dapat menyempurnakan perkhidmatan dengan sihat selamat!

Sumber : mksports

loading...