Nah, 7 drama Korea terbaru disajikan untuk anda sepanjang Mei ini

Annyeong, chinguyaa~~ May is coming dan dalam tidak lama lagi semua umat Islam akan menyambut hari raya aidifitri. Yeay~~ balik kampung timeAs usual,  setiap bulan akan ada drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang.

Well, sepanjang Mei ini, ada 7 buah drama Korea terbaru dan pastinya menawarkan pelbagai pilihan dari segi tema, serta gandingan pelakon. So, let’s check it out the list.

1. Bloody Heart

Tarikh Tayangan: 2 May 2022
Penyiar: KBS
Barisan Pelakon: Lee Joon, Kang Han Na, Jang Hyuk, Park Ji Yun

“Bloody Heart” iadalah sebuah drama fiksyen sejarah tentang percintaan politik berdarah antara Lee Tae (Lee Joon), seorang raja yang terpaksa meninggalkan wanita yang dicintainya untuk terus hidup, dan Yoo Jung (Kang Han Na), seorang wanita yang terpaksa menjadi ratu untuk terus hidup. Jang Hyuk pula sebagai Park Gye Won, naib perdana menteri pertama dan ketua kuasa sebenar di Joseon.

Lee Tae menaiki takhta raja dengan cara yang tidak betul dan mengakibatkan pemberontakan. Dia akan lakukan apa saja bg mendapatkan apa yang dimahunya. Dia dibantu oleh orang kanannya, Park Gye Won untuk menggulingkan takhta sehingga ayahnya menjadi raja. Setelah pemerintahan ayahnya selesai, Lee Tae akhirnya menjadi raja dan ingin memerintah secara mutlak tetapi ternyata kekuatannya sebagai raja tidak setanding Park Gye Won. Lee Tae kemudian bertemu dengan Yoo Jung, seorang puteri bangsawan yang telah dianggap isteri sehingga mereka semua terlibat dalam perebutan kuasa.

2. Goo Pil-soo Is Not There

Tarikh Tayangan: 4 May 2022
Penyiar: Olleh TV
Barisan Pelakon: Yoon Doo Joon, Kwak Do Won, Han Go Eun, Jung Dong Won

“There Is No Goo Pil Soo” ialah drama komedi tentang bromance antara Goo Pil Soo (Kwak Do Won), seorang pemilik restoran ayam goreng yang mempunyai keluarga tetapi tiada rumah untuk didiami, dan Jung Seok (Yoon Doojoon), seorang usahawan muda yang mempunyai rancangan besar tetapi tidak mempunyai wang.

Pil-soo berumur 40-an, dan dia menikmati kehidupan yang sederhana bersama keluarganya. Dia mencari nafkah dengan menjalankan perniagaan di bar, tetapi jauh di lubuk hati, dia merasakan seolah-olah ada lebih banyak perkara untuk hidup daripada sekadar memenuhi keperluan hidup. Lebih-lebih lagi, dia merasai bagaimana rasanya untuk berjaya dalam hidup – pada zaman dahulu, dia adalah seorang peninju profesional yang mendapat perhatian ramai.

Jung Seok ialah seorang lelaki yang mempunyai rupa dan minda yang cerdas. Dia fikir dia akan menjalani kehidupan yang lancar sebagai seorang usahawan, tetapi ianya tidak semudah yang disangka. Dia menghadapi halangan besar dalam hidupnya apabila syarikat bapanya tiba-tiba muflis. Satu-satunya sumber keselesaannya ialah ulasan hangat pengguna yang menggunakan aplikasi “Neighborhood Friend 24” yang dibangunkannya. Suatu hari, dia bertemu dengan Goo Pil Soo dan mengalami perubahan besar dalam kehidupan hariannya

Melalui pertemuan dan perjalanan Pil-soo dan Jung Seok, drama ini berusaha untuk menyelidiki isu sosial kehidupan sebenar di Korea, seperti kadar pengangguran yang melambung tinggi dan tekanan akademik yang tidak putus-putus.

3. The Sound of Magic

Tarikh Tayangan: 6 May 2022
Penyiar: Netflix
Barisan Pelakon: Ji Chang Wook, Chong Sung Eun, Hwang In Yeop, Nam Da Reum

“The Sound of Magic” digambarkan sebagai drama muzik fantasi tentang kisah yang berlaku apabila ahli silap mata misteri Rieul (Ji Chang Wook) tiba-tiba muncul di hadapan seorang gadis bernama Yoon Ah Yi (Choi Sung Eun), yang telah kehilangan impiannya. , dan rakan sekelasnya bernama Na Il Deung (Hwang In Yeop), yang terpaksa bermimpi. Drama ini berdasarkan webtoon “Annarasumanara” oleh penulis Ha Il Kwon yang disiarkan di Naver Webtoon pada tahun 2010 dan diadaptasi menjadi sebuah drama.

Rieul seorang ahli silap mata pelik yang tinggal di taman tema terbiar. Dia adalah orang dewasa yang misterius dan eksentrik yang ingin hidup sebagai seorang kanak-kanak selama-lamanya. Yoon Ah Yi, ingin menjadi dewasa dengan cepat agar dapat membantu meringankan beban keluarganya. Manakala Na Il Deung, seorang budak lelaki yang tidak tahu apa yang dia mahukan sebenarnya dalam hidup.

Yoon Ah Yi dan Na Il Deung kemudian bertemu dengan Rieul di sebuah taman hiburan yang ditinggalkan dan mulai membuka mata mereka terhadap dunia. Rieul kemudian menunjukkan silap matanya sehinggakan kedua mereka kembali tersenyum dan lupakn seketika tentang dunia realiti.

Drama ini juga akan mengajukan pertanyaan tentang apa ertinya menjadi dewasa saat kedua anak muda tersebut secara beransur-andur menjadi dewasa setelah memasuki dunia Rieul.

4. Woori The Virgin

Tarikh Tayangan: 9 May 2022
Penyiar: SBS
Barisan Pelakon: Im Soo Hyang, Sung Hoon, Shin Dong Wook, Hong Ji Yoon

Remake rancangan terkenal Amerika “Jane the Virgin” (yang sendiri berdasarkan telenovela Venezuela), “Woori the Virgin” mengisahkan tentang seorang wanita bernama Oh Woo Ri, yang telah menjaga kesuciannya sebelum berkahwin, tetapi hamil selepas inseminasi buatan (IUI) secara tidak sengaja semasa peperiksaan perubatan.  Lebih memburukkan keadaan, bayi itu bukan milik tunangnya, tetapi milik orang yang tidak dikenali bernama Raphael. Kini, ternyata Woo-ri hamil akibat kesilapan besar doktor itu. Apa yang akan Woo-ri lakukan sekarang?

Im Soo Hyang membawakan watak Woo Ri, manakala Sung Hoon akan memainkan watak Raphael, Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat besar dan bapa kandung kepada anak Woo Ri. Walaupun kelihatan menyendiri di luar kerana keperibadiannya yang dingin, Raphael sebenarnya seorang romantik dan seringkali bermimpi untuk bertemu cinta dalam hidupnya dan mencari kebahagiaan.

Shin Dong Wook akan memainkan watak tunang Oh Woo Ri, Lee Kang Jae, seorang detaktif polis yang sangat menyayangi tunangnya. Hong Eun Hee pula sebagai Bae Eun Ran, seorang pengajar vokal yang telah lama bercita-cita menjadi penyanyi. Hong Ji Yoon memegang watak sebagai isteri Raphael yang lincah, Lee Ma Ri.

5. Rose Mansion

Tarikh Tayangan: 13 May 2022
Penyiar: TVING
Barisan Pelakon: Im Ji Yeon, Yoon Kyun Sang, Jung Woong In, Son Byung Ho

“Rose Mansion” ialah drama thriller misteri yang berlatarkan sebuah apartmen yang dijadualkan untuk pembinaan semula. Drama itu juga akan mengetengahkan kisah mencari kebenaran di sebalik kehilangan seorang perempuan.

Jiran yang mencurigakan dan menyembunyikan kerakusan di sebalik penampilan biasa, serta rahsia yang perlahan-lahan terbongkar akan menambah ketegangan dalam drama ini. Lebih-lebih lagi drama ini dijamin bermutu tinggi kerana hasil kerjasama antara ahli produksi yang terkenal dalam industri perfileman.

“The Rose Mansion” akan diterajui oleh pengarah Chang, yang telah mempamerkan bakat pengarahannya menerusi filem “Death Bell”, “The Target”, dan “Canola”. Sementara itu, penulis skrip jatuh ke tangan Yoo Kab Yeol, yang menerima pujian untuk filem “Skeleton in the Closet”, “Man in Love”, dan “The Chase”.

6. Kiss Sixth Sense

Tarikh Tayangan: 25 May 2022
Penyiar: Disney+
Barisan Pelakon: Yoon Kye Sang, Seo Ji Hye, Kim Ji Suk, Lee Joo Yeon

“Kiss Sixth Sense” ialah drama asal Disney+ yang asalnya adalah novel web sebelum diadaptasi menjadi webtoon. Ia mengenai seorang wanita bernama Hong Ye Sul (Seo Ji Hye) yang dapat melihat masa depan apabila dia mencium seseorang. Pada suatu hari, dia secara tidak sengaja mencium bosnya Cha Min Hoo (Yoon Kye Sang) dan melihat mereka di atas katil bersama pada masa hadapan.

Menurut produser drama, kisah romantis mereka bermula selepas ciuman antara Min Hoo, yang lima derianya sangat responsif, dan Ye Sul, yang mempunyai keupayaan untuk melihat masa depan selepas ciuman biarpun terdahulu keduanya saling bercakaraan.

7. Doctor Lawyer

Tarikh Tayangan: 27 May 2022
Penyiar: MBC
Barisan Pelakon: So Ji Sub, m Soo Hyang, Shin Sung Rok, Lee Joo Bin

“Doctor Lawyer” mengisahkan kisah pakar bedah perubatan genius Han Yi Han, yang telah kehilangan segalanya kerana insiden manipulasi yang tidak diketahui untuk pembedahannya, kembali sebagai peguam perubatan. Akibat dari pembedahan itu, Doktor Yo Han dan seorang pendakwaraya dari Jabatan Jenayah Perubatan yang kehilangan satu-satunya ahli keluarga dan kekasih bekerjasama untuk menghukum mereka yang percaya bahawa pentingnya kehidupan seseorang dapat dinilai berdasarkan kekayaan dan kekuatan mereka serta membantu mangsa-mangsa yang telah dianiaya.

Han Yi Han adalah pakar bedah genius ‘double-board’ yang lulus dari sekolah perubatan terbaik di Korea dan mempunyai dua kepakaran: pembedahan umum dan pembedahan toraks. Dia adalah seorang doktor pakar bedah dengan jolokan ‘monster swordsman’ kerana kemahirannya yang sangat hebat. Namun dalam satu insiden pembedahan, pesakit itu meninggal dalam operasi yang menurutnya telah berjaya, dan mengakibatkan dia hilang kelayakan menjadi doktor. Selepas itu, Han Yi-han berubah menjadi peguam yang pakar dalam proses pengadilan perubatan dan mencari kebenaran mengenai kes misteri yang mengelilinginya 4 tahun yang lalu.

“Doctor Lawyer” akan mendapat sentuhan pengarah Lee Yong Seok dari “Haechi” dan “Iljimae.” Sementara itu, Jang Hong Chul, yang menulis “Class of Lies,” akan bertindak sebagai penulis skrip.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...