GOT7 dijangka akan membuat ‘comeback’ lagu terbaru menjelang bulan Mei 2022 depan.
Menurut sumber, GOT7 sudah mengesahkan bulan Mei ini sebagai bulan pelancaran lagu terbaru mereka itu dan penghasilan lagu itu kini di peringkat akhir. Kesemua ahli GOT7 dijangka akan terbabit termasuklah Mark Tuan yang kini berada di Amerika Syarikat dan Jackson Wang yang sibuk dengan aktiviti seninya di China.
Lagu ini merupakan single terbaru mereka sejak ‘Encore’ yang dilancarkan dua bulan selepas masing-masing memutuskan untuk berpisah dengan JYP Ent.
Ura-ura tentang ‘comeback’ GOT7 pernah diperkatakan kebelakangan ini apabila beberapa ahli seperti Mark Tuan dan Bambam mendedahkan klu mengenainya di dalam temuduga mereka masing-masing bersama majalah Harper Bazaar dan rancangan TV Thailand.
BamBam struggling not to spoil got7’s comeback for one minute straight aka BamBam confirming their comeback 😭
🔗 https://t.co/qzXJkiC4HF@BamBam1A #bambam #got7 pic.twitter.com/v8GumZL5Zq
— ddalche (@ddalche) January 18, 2022
Sumber: joynews24