“Tak de rasa malukah?” – Lee Hanna dikecam selepas tawarkan diri untuk kirimkan mesej peminat buat abangnya, Seungri

Tetap mempercayai bahawa Seungri (atau nama sebenarnya Lee Seunghyun) tidak bersalah sejak kesnya dibicarakan di mahkamah, Lee Hanna akan membuat apa sekalipun demi menunaikan hajat abang tersayangnya itu.

Baru-baru ini, Lee Hanna berkongsikan sesuatu yang berkaitan dengan Seungri kepada pengikut instagram-nya. Tulisnya, “Dia sangat rindukan korang. Jika korang ada nak sampaikan sesuatu padanya, cubalah hubungi aku. Aku akan kirimkan mesej itu kepadanya.” Sejurus selepas itu, Lee Hanna memadamkan status tersebut.

Meksipun begitu, niat baik Lee Hanna untuk melakukan sesuatu buat abangnya itu, tidak begitu disenangi oleh netizen. “Tak de rasa malukah? Agaknya dia tahu Seungri dah tak de peminat di Korea lagi, jadi dia sengaja tulis mesej dalam bahasa Inggeris itu ditujukan buat saki-baki peminat di luar negara,” kata salah seorang netizen yang mengecam tindakan Lee Hanna.

Sekitar bulan Jan 2022 lalu, Mahkamah Tinggi Seoul mengekalkan sabitan bersalah Seungri untuk sembilan pendakwaan termasuklah penggelapan wang, pelanggaran undang-undang sanitasi makanan, keganasan seksual, rakaman video tanpa kebenaran, bersubahat dengan bapa ayam, perjudian secara tidak sah, pengurupan mata wang tanpa sah, dan sebagainya, tetapi mengurangkan tempoh penjaranya kepada 1 tahun 6 bulan selepas mempertimbangkan kenyataan defendan yang telah menyesal dan mahu bermuhasabah diri. Bekas ahli BigBang ini terpalit dengan skandal besar-besaran melanda dunia kpop suatu ketika dulu, ‘Burning Sun’ hingga membawa kepada pendedahan berbagai-bagai aktiviti gelap dibuat pengamal industri hiburan.

Sumber: N/A

loading...