Yang Se Hyung ‘Master in The House’, dipuji netizen kerana cepat-cepat beri bantuan pernafasan kepada orang tua tercekik makanan

Pelawak Yang Se Hyung, abang kepada Yang Se Chan ‘Running Man’, dipuji netizen hari ini setelah berjaya menyelamatkan orang tua yang tercekik makanan kita berada di sebuah restoren bertempat di Gangnam-gu, Seoul.

Menurut SBS News, Yang Se Hyung mendapati orang tua yang duduk di sebelahnya ketika makan malam bersama keluarganya, tidak mampu bernafas, dipercayai kerana tercekik makanan. Anak orang tua tersebut dikatakan cuba memberikan bantuan pernafasan (cara Heimlich), namun tidak berhasil sehinggalah Yang Se Hyung menawarkan diri untuk mencuba cara yang sama dan akhirnya berjaya membuatkannya bernafas kembali secara normal.

Staf restoren turut membatalkan panggilan kecemasan dibuat ke atas bomba sebelumnya apabila menyedari mangsa sudah boleh bernafas secara normal semula. Ditanya tentang panggilan kecemasan tersebut, pihak bomba berkata, “Ya, kami memang terima panggilan kecemasan sekitar jam 7.05 pm semalam mengatakan ‘Seorang pelanggan sesak nafas ketika tengah makan.’ “

Manakala, pengurus restoren yang berada di tempat kejadian turut berterima kasih di atas jasa baik Yang Se Hyung itu. “Nenekku dan keluarga mangsa merupakan pelanggan tetap sejak 10 tahun lalu,” katanya.

Difahamkan Yang Se Hyung mempelajari teknik Heimlich berikut dan bantuan CPR menerusi penglibatannya di dalam SBS Master in The House bersama Lee Seung Gi.

“Yang Se Hyung tak nak mengulas lanjut, tapi juga tidak akan keluar kenyataan berbeda,” kata jurucakap agensinya.

Sumber: SBS News

loading...