Jimin BTS akan berduet bersama Ha Sung Woon untuk OST drama tvN Our Blues

Paduan suara emas Jimin BTS dan Ha Sung Woon HOTSHOT (mantan ahli Wanna One) bakal dijadikan lagu OST untuk drama tvN Our Blues yang sedang hangat ditayangkan sekarang.

Menurut produser muzik drama berkenaan, Song Dong-woon, inilah kali pertama mereka berkolaborasi untuk projek muzik yang sama memandangkan kedua-duanya diketahui sangat rapat sebagai kawan. “Hasilnya sangat hebat, paduan suara mereka sangat harmoni. Setelah tercari-cari lagu yang sesuai untuk menggandingkan suara mereka, kami akhirnya berjaya merakam lagu yang sesuai untuk drama itu,” katanya.

Song Dong-woon bertanggungjawab menghasilkan lagu-lagu OST popular terutamanya daripada drama tvN Hotel Del Luna, KBS Descendants of the Sun dan tvN Goblin. Antara gubahannya yang menjadi siulan peminat drama korea ialah lagu ‘I Will Go To You Like The First Snow’ nyanyian Ailee serta ‘Stay With Me’ nyanyian ‘Chanyeol & Punch’.

Digelar sebagai ‘alchemy queen of language’ kerana penulisannya yang penuh dengan dialog berbunga-bunga dan metafora di samping subtle serta sarat dengan emosi, penulis skrip Noh Hee Kyung adalah individu yang bertanggungjawab untuk beberapa drama hit antaranya  tvN “Live” (2018),  SBS “It’s Okay, That’s Love” (2014) dan SBS “That Winter, The Wind Blows” (2013). tvN Our Blues ini berkisarkan tentang kehidupan harian masyarakat yang tinggal di kepulauan Jeju, Korea dan boleh ditonton di Netflix.

Baca lagi: Drama terbaru Noh Hee Kyung ini bakal dibintangi Lee Byung Hun, Han Ji Min, Shin Min Ah, Cha Seung Won, Kim Woo Bin, Lee Jung Eun & Uhm Jung Hwa; Tular nama-nama ahli BTS dipetik secara mengejut di dalam drama tvN Our Blues

Lagu OST berikut bakal dilancarkan mulai 25 April 2022 nanti.

Sumber: heraldpop

loading...