[Gempar] Netizen dakwa Yook Sungjae BTOB sedang main-main cinta dengan gadis Tiktok

Yook Sungjae BTOB dikhabarkan sedang berpacaran dengan gadis Tiktok, menurut satu pendedahan dibuat di laman komuniti forum.

Berdasarkan siasatan yang dibuat oleh netizen itu ke atas satu akaun Tiktok yang telah diprivasikan, netizen itu menyimpulkan bahawa Yook Sung Jae sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang yang bukan selebriti, yang ditakrifkan sebagai sebagai seorang yang begitu cantik dan bukannya daripada kalangan marhaen (golongan kayangan).

Dakwanya lagi, sebilangan peminat sudah mengetahuinya menerusi instagram, namun enggan memanjangkan perkara tersebut. Yook Sungjae pernah berkongsikan gambarnya sedang bersiap-sedia untuk bermain golf dengan kapsyen berbunyi, “Aku teringin sangat nak main golf” di instagram-nya pada empat hari yang lalu. Malah, gambar kedua-duanya dipercayai sedang bermain golf pada waktu dan lokasi yang sama juga turut disertakan sebagai bukti wujudnya hubungan di antara mereka.

Sementara itu, Yook Sungjae sudah pun mengesahkan dirinya sebagai pelakon utama drama MBC Golden Spoon di samping Jung Chaeyeon DIA. Beliau juga giat mempromosikan album terbaru BTOB bersama-sama rakan daripada kumpulan kpop yang sama.

Sumber: nate

loading...