Kim Soo Hyun & IU disebut-sebut bakal disatukan semula untuk drama terbaru oleh penulis skrip ‘Crash Landing On You’,’My Love From The Star’?

Kim Soo Hyun dan IU disebut-sebut bakal membintangi drama bersama sekali lagi, kali ini di bawah cetusan penulis skrip Park Ji Eun.

Dikhabarkan IU sudah menemui pihak produksi dan sudah pun menerima tawaran, tapi belum memutuskan untuk menyertainya. Drama terbaru yang belum diberikan tajuk lagi ini dikatakan berkisarkan tentang cerita tentang keluarga chaebol daripada kalangan syarikat konglomerat dan merupakan projek terbaru gandingan duo pengarah-penulis skrip yang pernah menjayakan SBS My Love From The Star sebelum ini iaitu Lee Eun Bok dan Park Ji Eun.

Berkenaan di pihak Kim Soo Hyun pula, sumber tidak dapat mengesahkan bahawa ada pertemuan antara pihak produksi dengan Kim Soo Hyun. Bagaimanapun, Park Ji Eun pernah bekerjasama dengan Kim Soo Hyun menerusi dua buah drama popular, SBS My Love From The Star dan KBS The Producers sebelum ini, maka besar kemungkinan sekiranya tawaran projek ini diberikan, Kim Soo Hyun pasti akan menimbangkannya secara positif.

Sumber pihak produksi pula berkata, “Jika ada projek drama terbaru yang menggandingkan Park Ji Eun, Lee Eun Bok, Kim Soo Hyun dan IU, sudah semestinya ia akan menjadi yang terbaik di dalam sejarah.”

Kali terakhir, Kim Soo Hyun dan IU pernah disatukan adalah pada 11 tahun lalu, menerusi drama KBS Dream High dan juga KBS The Producers pada beberapa tahun kemudian.

Sumber: ilyo

loading...